RSS Suria

Tuduh bakal menantu ada saka, mak ayah halang anak gadis bertunang… Dapat petunjuk lepas buat istikharah

SESEBUAH hubungan lebih bermakna dengan adanya restu daripada orang tua.

Namun bagi wanita ini, dia berada dalam situasi ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’ lantaran hubungannya dengan teman lelaki mendapat tentangan hebat daripada ibu bapa sendiri.

Berkongsi kisah di laman sosial, wanita tersebut berkatasegala-galanya bermula apabila ibu dan bapanya mendakwa mendapat petunjuk bahawa pasangannya bukan jodoh yang terbaik buatnya.

“Ibu bapa saya buat solat istikharah dan mereka kata dia (teman lelaki) bukan jodoh saya. Mereka kata takkan nak abaikan petunjuk dari Allah. Sedih sangat.

Setiap pasangan yang mahu berkahwin sewajarnya mendapatkan restu keluarga. -Gambar hiasan

“Petunjuk mereka (dapat) ada kaitan dengan saka. Ibu bapa saya kata partner saya dan keluarganya ada saka.

“Walaupun saya dah suggest untuk rawat, tapi ibu bapa saya masih berkeras. Lagi seminggu nak tunang, ibu bapa saya batalsemua,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pakwe bukan kerja gomen, bapa suruh putus! Wanita buntu buat pilihan… Keluarga sendiri toksik, famili bakal mentua harmoni

ARTIKEL BERKAITAN:Gadis Pantai Timur tak dapat restu keluarga BF orang utara… Bagi alasan tak rela lepas anak lelaki kahwin orang jauh

Justeru menurut wanita tersebut, dia kini dalam dilema sama ada mahu meninggalkan teman lelakinya, ataupun meneruskan perancangan mereka untuk bertunang memandangkan keluarga lelaki berkenaan menerimanya dengan hati terbuka.

“Pasanganmasih nak kahwin dengan saya, family dia pun nakkan saya jadi menantu. Tapi itulah, parents saya suruh lepaskan

“Kalau ikut perasaan saya nak kahwin dengan dia. Tapi tak tahu nak buat macam mana,” luahnya lagi.

Reda mak ayah lebih penting dalam hidup ni.

NETIZEN

Tambahnya, dia sendiri turut melakukan solat istikharah bagi memohon petunjuk namun terpaksa berhenti seketika kerana masih bercelaru selain kata hatinya kuat memilih pasangannya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan nasihat agar wanita tersebut membuat pertimbangan yang betul kerana dibimbangi akan menyesal di kemudian hari.

Sebahagian pandangan yang dilontarkan netizen.

“Dengar cakap ibu dan ayah kamu. Restu parents lagi penting sebab bab kahwin ni tak boleh atas sebab suka dan sayang semata-mata. Kahwin ni perjanjian sehidup semati seumur hidup.

“Jawapan dah ada, ini bukan pilihan. Reda mak ayah lebih penting dalam hidup ni. Kalau dah usaha tapi masih sama, mesti Tuhan ada rancangan yang lebih baik. Percayalah.

Parents reject sebab ada saka? Make sense juga tu sebab saka ni kadang suka mengacau rumah tangga anak cucu. Masa bercinta memang semuanya indah, dah dapat nanti bila hal-hal kecil pun jadi pergaduhan besar,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top