SALAH satu persiapan paling penting setiap kali tibanya Syawal adalah menyediakan baju raya buat seisi keluarga.
Bagi sesetengah individu, mereka lebih gemar mengupah tukang jahit berbanding membeli baju siap dipakai(ready-to-wear) kerana mahu mengikut cita rasa serta tema sendiri.
Demikian juga dengan wanita ini yang mengupah seorang tukang jahit untuk menyiapkan busana raya buat seisi keluarganya, namun berakhir dengan kekecewaan gara-gara tempahannya lewat disiapkan.
Ramai yang memilih untuk membeli bajusiap (ready-to-wear)kerana lebih mudah. -Gambar hiasan
“Baju saya yang sepatutnya bercorak tapi dia buat itu sebagai kain pakai. Semua benda ni sebab last minute.
“Dia janji untuk siapkan pada Rabu atau Khamis (sebelum raya). Kita tanya dah beberapa kali sebab nak booking photoshoot.
ARTIKEL BERKAITAN:Lepas ‘payung’ baju baru untuk keluarga, mak bagi ‘hint’ nak duit raya pula… Anak sulung mula berendam air mata
ARTIKEL BERKAITAN:Tengok harga pasaran, wanita tak cadang beli baju raya… Anggap tak siapa pun peduli jika pakai pakaian lama
“Dapat slot photoshoot hari Jumaat 2.30 petang, after solat Jumaat. Dah booking make-up apa semua. Tahu tak dia siap baju bila? Jumaat pukul1.40 petang.Dengan baju tak siap gosok apa semua,” luahnya geram.
Disebabkan terlalu kesuntukan masa dengan berbaki kurang satu jam untuk membuat persediaan sebelum merakamkan foto, wanita tersebut berkata sesi photoshoot akhirnya terpaksa dibatalkan.
Husband memang dah geram, diasuruh jual je baju-baju tu.
PENGADU
“Cancel make-up, cancel photoshoot. Lepas tu dia pulaceramah kita kenapa tak ambil photoshoot malam, siang orang kurang sabar, panas hati!
“Ehdah lah tak say sorry langsung! Sampai sekarang ya takminta maaf,” kongsinya lagi sambil menambah, dia mengalami kerugian beratus ringgit gara-gara tempahan sesi photoshoot dan solekan yang terpaksa dibatalkan.
Menurutnya, tukang jahit berkenaan hanya menawarkan bayaran ansuran untuk tempahan baju rayanya seolah-olah sebagai menebus kesilapan.
Sesi photoshoot sempena raya seakan-akan sudah menjadi trend ketika ini.
“Husband memang dah geram, diasuruh jual je baju-baju tu. Yang kita ‘hangin’ sebab dah lasalah, lambat pulatu! Macam tak nak bayar satu sen pun,” luahnya lagi.
Meskipun geram dan ralat kerana perancangan asal untuk mengabadikan kenangan lebaran pada tahun ini tidak kesampaian, wanita tersebut menganggap ia sebagai pengajaran bermakna buatnya agar lebih berhati-hati sebelum menghantar tempahan pada masa akan datang.