RSS Suria

TV beli ‘cash’ di kampung lesap! Wanita geram abang buat macam harta sendiri, tak hargai momen bersama keluarga

WALAUPUN dibesarkan dalam keluarga yang sama di bawah satu bumbung, setiap adik-beradik pasti mempunyai personaliti berbeza.

Kadang-kadang ada sikap atau perangai mereka yang menyakitkan hati, termasuklah mengambil mahupun menggunakan barang tanpa kebenaran.

Menurut seorang wanita, dia bukannya berkira dengan adik-beradik tetapi kurang senang dengan sikap abang sulungnya yang tidak tahu menjaga barang.

Malah katanya, abangnya itu selamba mengambil televisyen (TV) yang ditinggalkan di rumah di kampung tanpa pengetahuan mereka adik-beradik.

Kehidupan di kampung begitu menenangkan jiwa. -Gambar hiasan

“Macam mana nak tegur adik-beradik yang lebih tua dengan beza umur 15 tahun. Tak rapat sangat. Tahun ni, saya beli TV besar untuk rumah di kampung.

“TV tu untuk kegunaan masa raya nanti, semua adik-beradik seronok menonton. Balik kampung kali ini, abang saya angkut TV ke rumahnya sekali dengan speaker tanpa kebenaran saya.

“Rumah kampung tak ada siapa duduk, itu yang abang berani ambil TV tu,” luahnya menerusi hantaran di laman sosial.

Bercerita lanjut, katanya, abangnya nekad berbuat demikian kerana TV yang berada di rumahnya sudah rosak.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ipar berlagak macam tuan puteri, pemalas buat kerja rumah! Jadi punca adik-beradik berbalah lepas mak ayah meninggal

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas mak ayah meninggal, abang mula tunjuk belang… Berkeras suruh jual rumah pusaka, lupa perjanjian asal 9 beradik

Wanita itu kesal dengan apa yang berlaku kerana dia berusaha untuk tidak berhutang, malah menjaga barang-barang elektrik berkenaan dengan baik.

“TV tu dah la Android, tak sampai setahun pun. Elok la kat kampung tak ada orang sebab jenis TV ni ada ram dan storage.

“Sedap pakai TV baharu, nanti storage dah penuh, masa tu barulah nak bagi saya balik. Adil ke macam tu?

Speaker pun saya jaga sampai tujuh tahun, kemudian letak di kampung. Nanti bila saya dapat balik mesti audio pecah la apa. Saya usaha tak hutang dua benda tu untuk kesenangan saya,” ujarnya.

Suruh dia beli daripada awak. Esok-esok dia pulangkan balik.

WARGA MAYA

Selain itu, abangnya juga pernah lenjan menggunakan kereta miliknya yang berada di kampung tanpa pengetahuannya.

Disebabkan itu juga, dia semakin risau apabila abangnya sudah banyak kali terbabit kemalangan.

Apabila dia meminta kembali kereta yang digunakan abangnya, bapanya pula memarahinya kerana menganggap berkira dengan adik-beradik lain.

“Tahun lalu, saya sakit hati pasal kereta. Saya pinjamkan kakak kereta sebab nak kereta yang ditinggalkan itu. Kakak saya memang jaga kereta tu.

Wanita kesal dengan tindakan abangnya. -Gambar hiasan

“Tiba-tiba abang saya nak pinjam kereta sebab kereta dia rosak. Saya beri abang pinjam selama tiga hari sebab kasihan.

“Rupanya abang ‘lenjan’ kereta tu sampai seminggu. Lepas saya mesej barulah abang hantar balik kereta. Ayah marah, cakap saya kedekut,” katanya.

Situasi itu membuatkan mereka adik-beradik tidak bertegur sehingga setahun lamanya, malah dia sudah malas untuk bergaduh lagi.

Luahannya turut mendapat pelbagai reaksi netizen, termasuk menyarankannya untuk meminta TV berkenaan secara berhemah.

“Barang dah lepas biarkan. Tak perlu nak marah atau tegur, untuk yang akan datang buat tak tahu je. Jangan terlalu kasihan.

InsyaaAllah, di akhirat nanti banyak ganjaran bila berbakti dengan keluarga.

Suruh dia beli daripada awak. Esok-esok dia pulangkan balik.

“Kalau tak nak gaduh reda je lah TV tu. Lepas ni jangan beli apa-apa dah. Kalau nak gaduh sekarang juga pergi rumah abang tu ambil balik TV,” antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top