RSS Suria

Ubai gementar nak mengurat Shila Amzah, teka-teki berjaya tambat hati isteri

PERSONALITI media sosial Ubai mempunyai cara tersendiri ketika cuba mengurat isterinya iaitu penyanyi Shila Amzah di awal perkenalan mereka.

Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, mendedahkan soalan teka-teki yang diberikan kepada Shila berjaya menambat hati penyanyi itu sehingga hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan.

“Waktu ini baru kenal Shila, nak mengorat tapi takut, jadi kita buat teka-teki ini.

Copy of Untitled (55)

Ubai berkongsi perkara itu menerusi hantaran Instagram.

“Siapa sangka daripada teka-teki ini, sekarang dah bergelar isteri. Terima kasih Che Ta dan Cik B,” katanya.

Ubai berkongsi perkara itu menerusi hantaran tangkap layar perbualan dia dan Shila menerusi Instagram miliknya.

Salah satu pesanan suara atau voice note kepada Shila, Ubai meminta penyanyi itu meneka nama Che Ta sekiranya menjadi muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat perkara betul untuk diri dan anak, Shila Amzah tak rasa malu pernah bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Berkat doa arwah ibu, Ubai bersyukur dapat isteri sangat baik… “Rumah mak dah cantikâ€

Apabila Shila tidak dapat menjawab, Ubai dalam nada gurauan memberitahu jawapannya adalah Cik B.

Dalam pada itu, Ubai mengakui dia sebenarnya gementar memulakan langkah cuba menambat hati Shila memandangkan penyanyi berkenaan masih dalam fasa bersedih selepas bercerai dengan bekas suaminya.

“Masa itu Shila dalam fasa yang sangat sedih. Pukul 4 pagi pun tidur, gambar WhatsApp pun hitam,” ceritanya.

2686612

Pasangan ini bernikah pada 5 Ogos tahun lalu.

Pada 5 Ogos tahun lalu, Shila bertemu jodoh dengan Ubai dan penyanyi itu baru sahaja bersalin anak perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada 2022.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top