RSS Suria

Ujian sejak bertudung, Syasya Rizal pernah terdetik mahu kembali imej lama

HAMPIR setahun tampil dengan imej berhijab, penyanyi Syasya Rizal tidak berputus asa untuk kekal istiqamah menutup aurat.

Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, mengakui dia berdepan dengan pelbagai cabaran untuk terus mengekalkan penampilannya itu.

Malah, dia sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik meskipun hatinya pernah terdetik untuk kembali dengan imej lama.

Syasya masih cuba menjadi yang terbaik.

“Sejak saya pakai tudung, perjalanan itu sangat mencabar dan menguji mental. Ianya tidak semudah yang orang nampak.

“Kadang-kadang akan terfikir, patah balik itu mungkin cara yang paling mudah.

“Orang ingat kita dah alim… nak jadi ustazah tapi tidak pun. Saya sama saja macam yang lain, masih mencuba untuk jadi seseorang yang lebih baik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Syasya Rizal lancar lagu dengan Fazura, tunjuk wajah anak dalam muzik video

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir setahun tinggalkan Dolla, Syasya ‘comeback’ dengan lagu raya ubat kerinduan peminat

Syasya berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, dia sentiasa cuba untuk tidak berasa riyak dengan perubahan yang dilakukannya.

Malah percaya setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza dalam melakukan perubahan.

“Bila sudah bertudung ini bukan bermaksud kita terpaling bagus berbanding orang lain, saya selalu ingatkan diri saya untuk tidak riyak. Sebab diri saya ada banyak lagi yang perlu baiki.

Syasya akui cabaran berhijab bukan mudah.

“Untuk semua wanita di luar sana yang tengah berjuang untuk istiqamah, tidak mengapa jika perjalanan itu agak lambat dan jangan terlalu memaksa.

“Perjalanan kita semua tak sama, jadi tak perlu bandingkan dengan orang lain. Slowy but surely,” kongsinya.

Pada April 2024, penampilan Syasya yang manis bertudung selepas keluar dari kumpulan Dolla meraih perhatian peminatnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top