MALANG tak berbau buat pelakon Datin Seri Umie Aida apabila dia dikenakan denda kira-kira RM1000 ($400) oleh pihak keselamatan New Zealand ketika tiba di Lapangan Terbang Auckland, hanya disebabkan sebiji epal.
Cerita Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, awalnya dia tidak membawa makanan semasa berangkat bersama beberapa rakan artis ke New Zealand.
Namun ketika berada di ruang rehat Malaysia Airlines (MAS) dia mengambil sebiji epal sebagai bekalan makanan ketika berada di dalam kapal terbang.
Umie luah rasa terkilan didenda Lapangan Terbang Auckland.
“Ini namanya takdir, saya memang tak bawa apa-apa makanan ke New Zealand kerana nak memudahkan diri masa di imigresen.
“Dijadikan cerita masa dekat di lounge Mas Airlines saya ambil sebiji epal untuk makan di dalam kapal terbang sebelum tidur,” katanya.
Umie berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Thread miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Umie Aida buat permohonan maaf kepada Rosyam Nor
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai wanita DM minta nasihat, Umie Aida pun geram watak Chempaka dalam ‘Keluarga Itu’
Dalam hantaran yang dikongsikan itu, Umie bersama beberapa rakan artis seperti Nora Danish, Fattah Amin, dan Remy Ishak yang menyindir mengenai buah epal dibawa.
Bagaimanapun disebabkan terlalu letih, dia terlupa tentang sebiji epal tersebut dan hanya menyedarinya semula selepas pihak Imigresen New Zealand mengimbas bag yang dibawa.
“Disebabkan terlalu keletihan saya terus tidur dalam kapal terbang, lupa bab epal. Bila sampai di New Zealand mereka imbas bag saya. Ada epal dalam bag dan kena denda $400,” kongsinya.
Rakan-rakan artis berseloroh tentang sebiji epal yang dibawa Umie.
Dalam pada itu, Umie berharap kejadian yang menimpa dirinya menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak menyimpan makanan di dalam bag.
“Pengajaran untuk saya yang ingin saya kongsi bersama orang ramai, jangan sekali-kali bawa epal yang akan dimakan sekejap lagi dalam kapal terbang.
“Sebab nanti kita akan lupa epal itu dalam bag kita, sebab nanti kena denda,” kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube