RSS Suria

Umur dah 30 tahun tapi belum ada pencapaian macam orang lain sebab jaga mak ayah, anak rasa hidup tak adil!

MEMASUKI 2025, pasti banyak berlaku perubahan dan perkembangan dalam diri kita berbanding tahun sebelumnya.

Namun bagi seorang wanita yang bergelar anak bongsu, melangkah ke tahun baharu tidak memberi sebarang makna buat dirinya.

Dia ketika ini dia masih belum berkahwin dan tinggal bersama ibu bapanya meskipun sudah berusia 30an.

Setiap individu mempunyai keinginan hidup berpasangan. -Gambar hiasan

Menurut wanita ini, meliihat pencapaian orang sekeliling sedikit-sebanyak membuatkan dia berasa cemburu.

“Tahun 2025 seorang seorang rakan aku cipta kejayaan dan aku hanya mampu tengok je. Tak boleh nak ke mana sebab kena teman mak ayah.

“Aku rasa macam hidup aku dah gagal. Umur dah third series dah tapi aku tak capai apa-apa pun lagi,” luahnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Bukan sekadar mencemburui rakan-rakan, dia turut membandingkan dirinya dengan adik-beradik yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuah wanita lanjut usia… Ada lelaki berkenan sanggup jumpa hari-hari sampai ajak kahwin, sayangnya suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah mental ragut bahagia, wanita usia 50 tahun rela bergelar andartu – “Makcik tak mampu jadi isteri solehah”

“Adik-beradik lain semua dengan hal masing-masing yang dah kahwin, yang dah habis belajar, dah kerja dan yang sambung belajar.

“Aku tengok je sambil sediakan semua keperluan makan pakai mereka,” ujarnya.

Luahnya lagi, keadaan ini yang berlarutan membuatkan dirinya berasa tidak adil kerana dia juga mahu melakukan perkara sama seperti rakan-rakan dan ahli keluarga lain.

Apa yang awak buat sekarang adalah satu kejayaan yang adik-beradik awak tak mampu nak buat.

WARGA MAYA

Malah, dia turut mempersoalkan kenapa dirinya perlu ‘dianaktirikan’ hanya kerana menjadi anak bongsu dalam keluarga.

“Tak aci la macam ni. Aku bukan anak sulung, bukan anak nombor dua tapi anak perempuan bongsu.

“Selalunya anak perempuan bongsu nak apa semua dapat, tapi aku sebaliknya,” katanya yang buntu dengan situasi yang dialami.

Seorang wanita mahu melihat dunia luar. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib wanita itu dan berkongsi pandangan serta reaksi masing-masing.

“Jaga mak ayah lagi besar pencapaian daripada kerja bagus, gaji banyak tapi tak ingat masih ada mak ayah. Mindset kau tu kena ubah.

“Apa yang awak buat sekarang adalah satu kejayaan yang adik-beradik awak tak mampu nak buat.

“Bila nanti mak ayah awak dah tak ada, percayalah mesti awak bangga dengan diri awak sebab ada masa dengan mereka ketika masih ada.

“Momen tu mahal, tak semua anak dapat peluang semua tu. Allah pilih untuk awak jadi anak yang berbakti,” komen beberapa warga maya.

Scroll to Top