RSS Suria

Uqasha Senrose sensitif fasal anak, emosi seorang ibu mudah terganggu

SEBAGAI seorang ibu, pelakon Uqasha Senrose tidak akan berdiam diri jika ada bercakap perkara tidak baik melibatkan anaknya.

Kata Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata, perkara itu akan memberi kesan kepada emosinya sebagai seorang ibu.

“Sebelum ini kalau gosip sendiri, saya hanya diam sahaja, tak pernah melenting. Cakaplah apa sahaja sebab ia akan berakhir.

Uqasha lebih emosi selepas menjadi ibu.

“Tetapi bila fasal anak, ia sangat memberi kesan kepada saya. Ini anak pertama dan saya baru sahaja bergelar ibu,” katanya kepada mStar.

Uqasha ditemui ketika majlis memasak dan agihan bubur lambuk anjuran penerbit A. Aida yang berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya pada Isnin.

Pelakon ini mengulas perkara itu selepas tular video dia berseloroh wajah anaknya Hawra Uqaira berbeza dengan wajahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Tak risau benda belum jadi, Uqasha Senrose minta bukti ke mahkamah syariah

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Uqasha seronok jadi ibu, sesekali rindu zaman sebelum ada anak

Video tersebut menjadi bualan ramai sehingga timbul artikel dia meminta untuk melakukan ujian DNA (Asid deoksiribonukleik).

Perkara tersebut kemudian membuatkan ramai salah faham tentang status anaknya.

“Tak tahu kenapa ditulis begitu. Ramai ingatkan saya tak mengaku anak sendiri. Komen-komen pun banyak toksik.

“Orang tak tahu pun perbualan sebenar. Ia hanya gurauan saya bersama jurusolek dan pendandan rambut,” ujarnya.

Pelakon ini juga berkongsi nasihat agar tidak terlalu cepat berkongsi berita tanpa mendapatkan kepastian.

Uqasha melahirkan Uqaira pada April tahun lalu.

“Janganlah ambil sebahagian cerita sahaja yang boleh menimbulkan spekulasi,” jelasnya.

Uqaira yang kini berusia 10 bulan merupakan hasil perkongsian hidup Uqasha bersama pelakon Kamal Adli.

Untuk rekod mereka mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top