SETIAP perjalanan atau proses dalam kehidupan pastimenemui pelbagai dugaan termasuklah buat mereka yang menceburidunia perniagaan.
Kisah seorang ahli perniagaan yang ditinggalkan terkontang kantingoleh para pekerjanya selepas perniagaannya’bungkus’ dan dirinya muflis mencetuskan rasa simpati dalam diri usahawanHannan Yusof.
Menurut pemilik klinik dan spa kecantikan itu, situasi itumengingatkan dirinya kepada momen pahit ketika membuka restoran yang gagal diusahakannya pada 2010.
“Waktu bisnes restoran gagal… hari tutup kedai hanya ada saya seorang. Tapi itu bukan salah staf, itu yang majikan tak faham. Saya dulu pun tak faham.
Hannan (kiri) kini merupakan pemilik klinik kecantikan.
“Lepas ‘terduduk’ baru mengerti. Staf hanya pekerja yang nak gaji mereka. Mereka bukan pentingkan diri sendiri. Mereka ada tanggungan dan kehidupan jadi kena teruskan. Yang gagal ialah majikan.
“Staf boleh cari kerja baharu. Sebab tu saya sentiasa ingatkan semua staf, jangan treat (anggap) syarikat macam famili. Kerja sebab nak kaya. Jujur pada diri sendiri. Tak payah nak ‘acah-acah’ (kagum) bos baik macam ayah ke apa. Baik tu hilang automatik bila tak ada gaji,” ujarnya.
Dalam hantaran sama, Hannan juga berkongsi prinsip yang dipegang ketika sesi temuduga pekerja baharu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayah tak pandai bisnes, heret anak sampai muflis! Pemuda menyesal bagi nama buat ‘loan’, rasa dikhianati bapa sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini tak tunduk pada sihir walau bisnes banyak kali hancur dan nyaris muflis! Dah lali ungkapan ‘kau bodoh tinggal kerja kerajaan’
Selain mementingkan pekerja yang pandai mencari keuntungan kepada syarikat, dia juga mengharapkanindividu berkenaan bersikap jujur.
“Bila saya temuduga pekerja, bila saya tanya sebab apa saya kena ambil awak kerja, jawapan saya nak dengar ialah yang paling jujur sebab saya nak gaji.
“Itulah jawapan paling betul. Kerja sebab nak gaji dan saya akan ambil sesiapa sahaja yang boleh bawa duit (keuntungan) kepada syarikat. Mudah.
“Usahawan yang bankrupt tu tulis, dia sedih sebab selama ini dia jaga staf macam adik-adik dia. Tapi bila dia susah, semua tinggalkan dia. Mesti la kan, hati mana tak terguris. Tapi itulah kehidupan dan bisnes. Kena faham konsep. Money is king,” katanya lagi.
Sebab yang kaya itu rajin, yang dapat sikit tu malas.
HANNAN YUSOF
Mengambil iktibar dengan apa yang berlaku, Hannan turut menitipkan pesanan buat semua pekerjanya supaya berusaha keras untuk menjana pendapatan dengan angka besar.
“Kepada semua pekerja saya, kerjalah betul-betul. Buat duit banyak-banyak dengan Hannan Medispa. Saya seronok ramai pengurus saya bergaji RM20,000. Pakar kecantikan gaji RM8,000 pun ada.
“Tapi masih ada yang gaji RM1,500. Sebab apa beza macam tu sekali? Sebab yang kaya itu rajin, yang dapat sikit tu malas. Tu tanda Allah tu Maha Adil,” jelasnya.
Komen netizen di TikTok.
Hantaran di TikTok itu meraih pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dengan perkongsian Hannan mengenai majikan dan pekerja.
“Betul, saya ada istilah rakan sekerja. Habis masa kerja buat hal masing-masing. Berhenti kerja, tinggalkan kumpulan kawan lama.
“Samalah saya masa temuduga kerja dulu mereka tanya betul kau minat kerja ni. Saya jawab jujur je minat tu tak ada la tapi sebab gaji. Alhamdulillah sudah 16 tahun kerja dan tak pernah kena tatatertib. Kerja ni layan je,” netizen menceritakan pengalaman.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube