RSS Suria

Usahawan jijik dengar perbualan di kedai makan! Lelaki, perempuan rancak sembang lucah… Skandal dianggap normal

KISAH skandal dan curang dalam kalangan suami isteri semakin menjadi-jadi pada zaman sekarang.

Situasi yang pahit untuk ditelan, namun itulah realiti yang berlaku, sehingga perkongsian atau luahan yang dibuat sering tular di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang usahawan terdengar perbualan sekumpulan wanita di sebuah kedai makan.

“Sedang duduk makan, sebelah meja datang empat wanita. Semuanya dengan pakaian baju kurung yang cukup ketat.

“Dan (mereka) duduk saja bergelak ketawa seperti mereka saja ada (di situ),” kata Muhammad Abu Hurairah Roslan menerusi hantarannya itu.

Seorang lelaki berbual dengan wanita lain. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, katanya, telefon milik salah seorang daripada mereka tiba-tiba berbunyi, namun tidak dijawab.

“Dia melihat saja di skrin (dan berkata) ‘Emmm nak ajak XXXX lah tu. Letihlah skandal aku ni!‘ Sambil disambut gelak tawa yang lain,” katanya, merujuk kepada ajakan hubungan intim tanpa ikatan perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditangkap khalwat bersama 6 lelaki, tengah syok raikan parti bujang! Bakal suami enggan kahwin, nak tuntut ganti rugi

ARTIKEL BERKAITAN: Tunang tiba-tiba makan guna sudu garpu, naluri wanita syak ada benda tak kena… Lepas selidik, sah si dia curang!

Dalam pada itu, Abu Hurairah turut berkongsi pengalamannya ketika berada di sebuah restoran berasingan mengenai perbualan sekumpulan lelaki.

“Sedang duduk tunggu pelanggan di kedai kopi, juga sekumpulan lelaki yang sebaya saya. Tiba-tiba telefon berbunyi dan seorang lelaki angkat ‘Jap la abang transfer. Nanti send gambar tau. Nak tengok XXXX adik. Hehe‘.

“(Kata-kata lelaki itu) juga disambut gelak ketawa rakan lain. Sambil seorang tu kata, ‘Nanti kongsilah. Hahaha!” katanya yang mengimbas kembali perbualan kumpulan lelaki berkenaan mengenai perkongsian gambar tidak senonoh.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Mendengar sendiri perbualan itu membuatkan Abu Hurairah terdiam mengenangkan kedua-dua kumpulan lelaki dan wanita itu yang sudah berumah tangga.

“Saya termenung. Ya, semuanya suami orang dan isteri orang, ada anak-anak. Kalau anak-anak mereka menjadi orang yang baik, syukur.

“Moga anak-anak mereka tidak menjadi seperti mereka. Jijik mendengarnya. Murah sungguh maruah seorang lelaki yang bernama suami dan seorang wanita bergelar isteri. Curang menjadi perkara biasa dan lawak saja.

Memang amat menyedihkan. Semoga kita dan pasangan dijauhi dari perbuatan terkutuk macam ni.

WARGA MAYA

Mengulas lanjut, Abu Hurairah di ruangan komen sekali lagi menegaskan bahawa kedua-dua perbualan itu berlaku di dua lokasi yang berbeza.

“Yang saya cerita itu suasananya. Kalau kita duduk sebelah-menyebelah, memang akan dengar perbualan orang lain. Terpulang jika kalian mahu percaya atau tidak.

“Saya yang menguruskan sesi nasihat rumah tangga, berdepan dengan klien sendiri, tahu betapa benarnya dan sakitnya hal ini,” katanya yang terlibat dengan sesi nasihat berkaitan dengan rumah tangga dan suami isteri.

Hubungan yang terjalin di luar rumah. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, pendedahan tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya yang sedih dengan realiti kehidupan hari ini.

“Takutnya bila baca cerita ni. Semoga anak-anak keturunan kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Dijauhkan dari segala kejahatan dunia.

“Memang amat menyedihkan. Semoga kita dan pasangan dijauhi dari perbuatan terkutuk macam ni. Memang ramai wanita dan suami yang berkahwin buat perbuatan terkutuk ni.

“Sangat menakutkan. Dah macam normalize pula. Padahal tu dosa. Semoga zuriat keturunan saya tidak diuji dengan ujian seperti ini,” komen warga maya.

Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top