PELAKON Aeril Zafrel sentiasa berhati-hati dalam membuat kandungan di media sosial agar anak-anaknya tidak terkena tempias kecaman netizen.
Aeril atau Suhairil Sunari, 38, juga enggan terlalu mengikut trend semasa hanya kerana mahu meraih perhatian ramai.
Baginya biarpun ia mampu menambah jumlah pengikut namun setiap perbuatan akan memberi kesan kepada diri sendiri.
Aeril dan isteri memiliki empat orang cahaya mata bersama.
“Saya cuba untuk tidak lakukan perkara yang negatif walaupun tahu ia boleh menaikkan jumlah tontonan di media sosial.
“Saya risau jika lakukan perkara seperti itu, ia akan terpalit pula pada anak-anak,” katanya kepada mStar.
Aeril berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan filem Laknat yang diadakan di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada malam Isnin.
Untuk rekod, Aeril berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada 2013.
ARTIKEL BERKAITAN:Anak Aeril Zafrel tiada duit nak upah pekerja, satu keluarga bantu Hayla siapkan tempahan kek batik
ARTIKEL BERKAITAN:Aeril Zafrel dan Wawa Zainal persiap diri jadi tetamu Allah, rancang tunai haji tahun ini
Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Ahmad Fakhruddin Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 9, Attar,11, Ayya Sofia, 5 dan Muhammad Fahri, 4 tahun.
Tambah Aeril dia juga semakin jarang memuat naik kandungan meskipun pernah mendapat gelaran Presiden TikTok sebelum ini.
Dalam masa sama dia juga menitip pesan buat mana-mana pempengaruh agar peka dan sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat dalam membuat sebarang kandungan di media sosial.
Mereka perlukan satu isu untuk naikkan nama.
AERIL ZAFREL
PELAKON
“Ada pempengaruh yang suka reka cerita untuk naikkan jumlah tontonan dan ia sudah menjadi satu trend.
“Mereka perlukan satu isu untuk naikkan nama selepas merudum. Kalau boleh jangan buat sebegitu.
“Sekarang ini saya pun kurang aktif di TikTok seperti dahulu sebab dah tak larat,” ujarnya.
Aeril tak gunakan anak untuk konten.
Dalam perkembangan lain, Aeril bakal tampil dengan filem terbaharu lakonannya berjudul Laknat.
Selain Aeril filem tersebut turut dibintangi pelakon lain seperti Puteri Balqis, Jalil Hamid, Amerul Affendi, Naque Ariffin, Noorkhiriah dan Mila Mohsin.
Laknat akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 5 Jun depan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube