RSS Suria

[V] Akui silap sendiri, Siti Nurhaliza tak segan minta maaf

STATUS sebagai penyanyi tersohor negara bukan alasan untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza merendahkan diri dan memohon maaf sekiranya melakukan sebarang kesilapan.

Bagi Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, tindakan sebegitu perlu bagi mengelakkan salah faham lebih parah sehingga sesuatu isu itu berlarutan.

“Jika khilaf, saya perlu minta maaf. Itu lebih baik.

“Tak perlu rasa segan untuk minta maaf,” katanya kepada mStar.

Ramai yang kurang senang dengan perkongsian Siti mempromosikan produk nikotin sebelum ini.

Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis perasmian Budaya Raya yang berlangsung di Pavilion, Bukit Bintang pada Rabu.

Penyanyi itu mengulas tentang permohonan maaf dibuat susulan tindakannya mempromosikan produk berkaitan nikotin di Instagram miliknya baru-baru ini.

Mengakui dia sendiri memuat naik hantaran tersebut, Siti juga berharap orang ramai menerima permohonan maaf yang dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nurhaliza mohon maaf, terkhilaf promosi produk tanpa selidik

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nurhaliza penyanyi wanita ketiga terima Anugerah Biduan Negara 2024

“Saya sendiri yang kongsi. Saya sudah minta maaf. Rasanya semua orang faham.

“Saya kongsi (hantaran itu) ketika dalam keadaan santai. Mungkin silap berkongsi,” ujarnya.

Tindakan Siti ketika itu mendapat perhatian ramai termasuk teguran dari laman Facebook Public Health Malaysia yang menganggap ia boleh memberi kesan besar terhadap masyarakat.

Saya sudah minta maaf. Rasanya semua orang faham

DATUK SERI SITI NURHALIZA

PENYANYI

Bukan sekadar memohon maaf, Situ juga bertindak menurunkan hantaran berkenaan daripada Instagram miliknya.

Sementara itu, bercakap tentang Budaya Raya, Siti berbesar hati apabila menjadi artis Malaysia pertama bekerjasama dengan pihak Pavilion mempamerkan koleksi peribadinya sepanjang bulan Ramadan ini.

Bukan hanya busana-busana yang dimiliki, malah penyanyi ini juga berkongsi beberapa kejayaan diperoleh dalam dan luar negara untuk tatapan pengunjung pusat beli-belah tersebut.

Koleksi peribadi Siti dipamerkan di Pavilion, Bukit Bintang.

“Sebanyak 20 baju yang pernah saya gayakan menjadi bahan pameran di sini. Selain itu ada juga piala yang pernah saya raih selain kejayaan sebelum ini.

“Memang impian saya untuk buka galeri sendiri, tetapi belum ada lokasi yang sesuai.

“Mungkin ini boleh jadi permulaan buat peminat untuk menyaksikan koleksi saya,” luahnya.

Siti juga meluahkan rasa teruja apabila bakal melancarkan lagu raya terbaharunya tidak lama lagi selain perancangan konsert tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top