TULAR satu rakaman memaparkan situasi kecoh yang didakwa berpunca daripada tindakan seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium membuang makanan penghuni di laluan pejalan kaki dekat gerbang masuk kediaman itu.
Aksi biadab itu didakwa berlaku selepas rider penghantar makanan meninggalkan bungkusan dipesan penghuni di kaunter pos pengawal.
Menurut pemilik video dikenali sebagai Amiron, pelanggan itu dalam perjalanan untuk mengambil makanan berkenaan yang ditempahnya.
Namun dakwanya, dalam tempoh dua minit, bungkusan berkenaan dibuang oleh pengawal keselamatan dipercayai warga Nepal.
Pengawal keselamatan yang membuang makanan terbabit dipercayai warga asing.
“Pelanggan dah turun, baru letak tak sampai dua minit tunggu ‘amoi’ turun.
“Pergi dekat motor tutup suis kejap, tengok-tengok dia ambil buang,” luahnya yang kesal dengan sikap pengawal keselamatan terbabit.
Mengakui pernah beberapa kali menghantar makanan [Tonton Video] ke kondominium yang terletak di Kuala Lumpur itu, ujarnya, dia sememangnya akan menghantar makanan terus ke pintu rumah pelanggan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal keselamatan lanyak rider cukup-cukup, pelanggan wanita rayu henti bergaduh – "Lepaskan… dia kecil je kot!"
ARTIKEL BERKAITAN: Takut isteri marah duit gaji habis bagi perempuan lain, pengawal keselamatan buat laporan polis dakwa disamun Rohingya
Bagaimanapun, bagi tempahan kali ini, pelanggan berkenaan menyatakan kesediaan untuk mengambilnya sendiri di bawah blok.
Justeru dia diminta untuk meninggalkan makanan berkenaan di pondok pengawal.
“Pelanggan tu suruh letak di situ (pondok pengawal) sekejap, dia dah gerak turun.
Warga maya memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Nak masuk pun kena tinggalkan lesen dan MyKad, sedangkan kalau ikut peraturan memang tak boleh,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan, warga maya turut mengkritik tindakan pengawal keselamatan dipercayai warga asing itu.
Tidak kurang juga yang menyalahkan pihak pengurusan kondominium berkenaan kerana tidak prihatin dan peka dengan situasi semasa.
“Pengurusan bagi arahan suruh buat macam tu, sebab itu dia berani.
“Mereka naik kepala sebab rakyat Malaysia baik-baik, kadang-kadang rasa macam kita duduk negara mereka pula.
“Aku bukan nak berpihak pada warga asing tu, tapi kenapa kau tak masuk hantar? Tempat tu memang boleh naik hantar depan rumah,” demikian reaksi warga maya.