RSS Suria

[V] Jenazah isteri Ridzuan Ridzokumura selamat dikebumikan, bunga ros jadi ‘hadiah’ terakhir

JENAZAH isteri usahawan dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan kira-kira pukul 9 pagi Sabtu.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya, Selangor.

Dianggarkan seramai 200 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat hadir memberikan penghormatan terakhir buat Akiko.

Ridzuan dan Sky turut membantu proses pengebumian Akiko.

Jenazah sebelum itu disolatkan di Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, anak lelaki tunggal Allahyarham iaitu Sky Taizo Okumura turut membantu mengebumikan jenazah ibunya.

Malah Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, turut meletakkan bunga ros merah di atas pusara Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri usahawan Ridzuan Ridzokumura meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN:Ridzuan Ridzokumura pernah kerja ladang sawit, terhutang budi dengan keluarga mentua penggerak bisnes salon… Zarina Zainuddin bantu bawa artis

Ridzuan ketika ditemui bagaimanapun enggan ditemu bual dan minta diberikan ruang kerana masih bersedih selain tidak mampu berkata-kata.

Antara rakan selebriti yang turut hadir memberikan penghormatan adalah Iqram Dinzly, Zain Saidin, Azza Elite, Anne Abdullah dan Jasmin Hamid.

Malah kehadiran aktivis Ebit Lew memberikan khutbah selepas jenazah dikebumikan turut menjadi tumpuan.

Akiko meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Pada Jumaat, Ridzuan memaklumkan Akiko meninggal dunia menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Bagaimanapun punca kematian tidak dikongsikan keluarga arwah.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akikoyang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top