RAMAI yang memandang negatif terhadap aplikasi cari jodoh kerana terdapat sebilangan penggunanya yang bersikap gatal dan tidak serius.
Namun sepasang suami isteri, Aini dan Fahmi tular di TikTok [Tonton Video] selepas berkongsi kisah perkenalan mereka menerusi Tinder.
Menurut Aini, suami pertamanya meninggal dunia akibat Covid-19 sebelum dia bertemu jodoh buat kali kedua dengan Fahmi pada tahun 2022.
Ramai yang menggunakan aplikasi cari jodoh untuk menamatkan zaman bujang. -Gambar hiasan
“Sebenarnya ini perkahwinan kedua saya kerana dia (anak pertama) punya papa dah meninggal dunia disebabkan Covid-19.
“Kemudian selepas balik umrah pada tahun 2022 saya aktifkan balik akaun Tinder dan jumpa dia (suami baharu) di Tinder.
“Selepas kematian suami, saya cari kawan nak berborak. Dia punya bio macam mencari someone.
Kebetulan waktu tu saya broken, sama-sama memerlukan… saya tertarik sebab dia single mom.
FAHMI
SUAMI
“Jadi kami mesej di Tinder, bagi nombor WhatsApp, terus berkenalan di situ,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
Menurut Fahmi pula, mereka berkenalan kira-kira lima bulan sahaja sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Dia juga mengakui tertarik melihat ketabahan Aini yang bergelar ibu tunggal pada waktu itu membesarkan anak sendirian.
ARTIKEL BERKAITAN: Masih ada yang sudi! Sering kena ‘reject’ sebab rendah, lelaki ini tak sangka tepati 14 ciri calon suami wanita kenal di Tinder
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat misteri dalam Tinder buat permintaan menakutkan tapi tak pelik, "Dia rasa nak kerat saya, suka sangat bau mayat"
“Kami kenal pun tak lama. Dah kenal, bawa dia jumpa mak ayah, terus bertunang dan terus nikah. Kita kenal bulan Mei, kahwin bulan Oktber.
“Kebetulan saya broken waktu itu, sama-sama memerlukan. Right time, right person, terus, tak payah lama-lama. Saya tertarik sebab dia single mom.
“Dia kuat sebab suami baru meninggal masa tu, anak kecil lagi baru setahun lebih. Dia besarkan sendirian, tak mustahil dia boleh jaga kita orang,” ujarnya.
Kehadiran cahaya mata menjadi penyeri dalam hubungan suami isteri. -Gambar hiasan AI
Di ruangan komen, netizen turut memuji pasangan itu dan berkongsi pengalaman mereka menggunakan aplikasi cari jodoh.
“Rezeki sis. Macam saya, tiap kali buka aplikasi cari jodoh, mesti jumpa yang tanya open minded ke tak?
“Saya pun kenal suami di Tinder. Kenal Januari, November kahwin.
“Moga Allah kekalkan kalian hingga ke syurga. Tak ramai lelaki yang baik boleh menerima ibu tunggal,” tulis netizen.