SEORANG wanita berkongsi video memaparkan Perodua Myvi miliknya kelihatan remuk di bahagian belakang.
Pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Syiqin itu menulis kapsyen mendakwa keretanya rosak akibat kecuaian orang lain.
Dalam hantaran berasingan, dia memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) [Tonton Video] yang menunjukkan punca sebenar keretanya rosak.
Keadaan Myvi yang rosak akibat dirempuh di kawasan parkir.
Menerusi rakaman CCTV bertarikh 27 Jun 2025 itu, kelihatan seorang lelaki sedang menolak sebuah kereta berwarna putih di kawasan parkir bertingkat.
Kereta yang rosak itu ditolak dari tingkat atas sebelum ia meluncur laju menuruni cerun dan merempuh Myvi merah milik wanita berkenaan yang berada di aras bawah.
“Kalau tengok dari CCTV, memang pakcik tu salah sebab buat kerja tak fikir. Kereta pakcik tu bateri rosak. Dia tak ada duit nak beli bateri. Jadi cara dia nak hidupkan kereta, dia tolak kereta.
Bukan sehari dua kumpul duit nak beli kereta. Kerja macam orang gila sebab nak modified kereta.
SYIQIN
PEMILIK MYVI
“Cuma tak fikir panjang, kenapa kena tolak dekat tempat curam tu juga tanpa bantuan orang lain? Tak ada orang dalam kereta. (Dia) tak sempat masuk.
“Akhirnya susahkan orang lain. Dah la bukan salah aku. Aku parking diam-diam pun kena langgar. Lepas tu tak boleh claim insurans pakcik tu. Kena claim insurans sendiri,” tulisnya tanpa mendedahkan lokasi kejadian.
Menjawab pertanyaan netizen, wanita itu mendakwa dia perlu menanggung kos baik baik pulih sendiri memandangkan kereta pakcik itu tidak mempunyai insurans.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh hospital, mak ayah mengamuk kereta ‘total loss’! Anak cedera parah bergenang air mata – "Tak tanya pun OK ke tak?"
ARTIKEL BERKAITAN: Asap berkepul, kereta hancur! Wanita menggigil saksi kemalangan dahsyat… Ngeri dapat tahu ‘accident’ tak wujud
Menurut pemilik video lagi, dia juga sudah membuat laporan polis selepas tiga hari kejadian itu.
Dalam pada itu, pemilik kereta tersebut turut meluahkan rasa sedih kerana perlu menanggung kerugian atas kecuaian orang lain.
“Bukan sehari dua kumpul duit nak beli kereta. Kerja macam orang gila sebab nak modified kereta. Diri saja tahu struggle dari awal.
“Aku boleh terima kalau aku buat. Tapi aku tak boleh terima atas kesalahan orang lain. Ya betul ujian. Rasa dulu kat tempat ni, baru boleh cakap itu ini,” tulisnya lagi.
Rakaman CCTV yang dimuat naik tular di TikTok.
Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa pemilik Myvi itu.
Namun pada masa sama, ramai netizen turut kasihan mengenangkan ujian yang menimpa pakcik dalam video tular itu.
“Pakcik tu pun aku kesian, akak ni pun aku kesian. Penat kerja bagai nak rak, kereta jadi macam tu atas kecuaian orang.
“Semoga pakcik tu dilimpahkan rezeki supaya dapat dia baiki kereta dia dan kereta akak.
“Ya Allah rasa kesian, sedih. Dari satu masalah kecil pakcik tu, dah jadi bertimbun masalah dia kena hadap,” antara komen netizen.