BERITA seorang pendaki Malaysia yang maut ketika mendaki Gunung Rinjani selepas terjatuh ke jurang sedalam lebih 100 meter di laluan Torean, ternyata mengejutkan ramai.
Secara tidak langsung, ia sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan kepada kaki hiking lebih-lebih lagi Gunung Rinjani merupakan destinasi pendakian popular dalamkalangan pendaki Malaysia.
Laluan Torean adalah salah satu daripada enam jalur atau trail yang biasa dipilih pendaki untuk menuju ke puncak gunung kedua tertinggi di Indonesia itu.
ARTIKEL BERKAITAN:Proses bawa turun mayat ambil masa 12 jam, Riezman Khuzaimi harap jenazah abang ipar dikebumi di Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN:Sempat tawan Rinjani beberapa jam sebelum maut dihempap tembok
Setiap laluan mempunyai tahap kesukaran yang berbeza supaya ia boleh disesuaikan dengan kebolehan pendaki.
Namun, keindaan Torean membuatkan jalur pendakian rare ini diminati oleh para pendaki Gunung Rinjani kerana menyajikan pemandangan yang sangat awesome.
Air terjun Penimbungan yang indah mampumenghilangkan kepenatan pendaki yang melalui jalur Torean. -Foto Green Rinjani
Berikut fakta mengenai jalurTorean sebagaimana perkongsian di laman Green Rinjani:
– Biarpun keindahannya tidak dapat dinafikan, namun tahap keselamatan sepanjang laluan ini agak kurang.
– Jalur pendakian dari Danau Segara Anak ke Sungai Torean menuju Desa Torean berisiko kerana perlu melalui lereng-lereng bukit yang berpasir
– Tahap kesukaran bermula daripada sederhana kepada mencabar. Laluan ini curam di bahagian tertentu
Pemandangan indah tasik kawah di Gunung Rinjani.
– Kurang dikunjungi berbanding dua laluan utama yang lain (Sembalun dan Senaru), jadi pengembara boleh menikmati pengalaman yang lebih tenang dan rare.
– Perjalanan melalui jalurini membawa anda melalui hutan dan melepasi air terjun Penimbungan yang indah. Pendaki juga akan melalui kawasan yang diberi julukan ‘Jurassic Park’ Rinjani
– Kesimpulannya, laluan ini memerlukan para pendaki mempersiapkan diri dengan kekuatan fizikal serta mental