RASA buntu kini menyelubungi seorang wanita yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga selepas sekian lama bercinta.
Menerusi satu hantaran dibuat di media sosial, dia mendakwa rancangan perkahwinandihalangkeluarga, khususnya daripada ibuyang bimbang rahsia lama terbongkar.
Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diriitu, situasi menjadi sukar apabila keluarganya mahu menyembunyikan statusnya sebagai anak tidaksah taraf.
Banyak cabaranperlu dilalui pasangan dalam usaha mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan
“Saya dengan kekasih sudah berkenalan sejak dua tahun lalu. Kemudian kami berdua rancang nak kahwin tapi ibu macam tak bagi kami berkahwin.
“Dia takut ayah saya marah dan mengamuk bila rahsia mereka berdua yang saya ni sebenarnya anak luar nikah terbongkar,” ujarnya.
Menurut wanita berkenaan, dia sudah lama mengetahui tentang status dirinya.
Bagaimanapun dia ingin meneruskan kehidupan seperti orang lain dengan harapanibu bapa dapat memudahkan urusannya untukhidup bersama pasangan pilihan hati.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita hamil anak luar nikah diminta teruskan hidup, abaikan cacian masyarakat – “Lebih hina kalau buang dalam semak!”
ARTIKEL BERKAITAN:Influencer seronok cerita ‘manis’ kahwin sepupu, ramai bimbang dinormalisasikan… Ini penjelasan dan risikonya
“Sedangkan saya sudah tahu fasal status saya ni sejak setahun yang lalu. Saya buntu cari cara untuk beritahu ayah yang saya nak kahwin.
“Saya harap ada cadangan memandangkan ayah saya ni seorang yang garang dan baran,” jelasnya.
Perkongsiannya itu ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sebagaimana diharapkan.
Kalau belah mentua tak terima, lagi seram.
WARGA MAYA
Rata-ratamemberi pandangan serta cadangan penyelesaian terhadap situasi yang dihadapi.
“Ayah okay lagi. Kalau belah mentua tak terima, lagi seram. Semoga dipermudahkan urusan awak.
“Beritahu perkara sebenar. Yakinkan ayah tu yang bakal suami kerja okay boleh tanggung. Cerita la sikit lepas kahwin apa rancangan. Tipu sunat pun tak apa. Janji dapat kahwin.
Komen netizen di media sosial.
“Mudah sangat nak kahwin. Cuma bawa mak ke pejabat agama. Nanti mereka akan panggil buat pengakuan sikit. Terus bawa wali hakim. Ayah dia tak akan panggil,” komen beberapa netizen.
Membalas beberapa komen warga maya, wanita itumemaklumkan bahawa pihak keluarga bakal mentua tidak mempunyaimasalah denganstatus dirinya.
“Alhamdulillah, famili bakal suami terima dan layan saya macam keluarga dia sendiri. Mungkin ujian hidup saya pada keluarga sendiri,” jelasnya.