RSS Suria

Wanita batal ‘order’ burger, terus tinggalkan gerai! Geli peniaga pegang roti lepas merokok – “Aku tipu sunat”

KEBERSIHAN adalah perkara paling asas yang perlu dijaga oleh setiap peniaga terutamanya yang menjual makanan.

Aspek ini bukan sahaja mencerminkan sikap peniaga, malah boleh memberi keyakinan kepada pelanggan untuk menikmati hidangan yang dibeli.

Di Thread, tular kisah seorang peniaga burger yang kehilangan pelanggan gara-gara tidak membasuh tangan selepas menghisap rokok.

Sikap pengotor peniaga boleh menyebabkan pelanggan terkena keracunan makanan. -Gambar hiasan AI

Menurut pelanggan itu, dia terpaksa membatalkan pembelian selepas dikejutkan dengan tindakan yang dianggap kurang cerdik peniaga berkenaan.

“Semalam nak beli zinger burger tepi jalan. Aku pesan dua burger. Dia cakap ‘okay kak‘ sambil hisap rokok.

“Kemudiannya dia buang rokok, tangan tak basuh dan terus ambil roti. Aku cakap maaf bang, cancel sebab ada hal. Aku tipu sunat.

  • Pelanggan lihat peniaga burger hisap rokok.
  • Pelanggan kesal peniaga tak cuci tangan sebelum mengendalikan makanan.
  • Batal pembelian kerana tidak suka sikap pengotor peniaga.
  • Ramai netizen komen pernah alami situasi serupa.
  • Ada pelanggan menyamar pegawai KKM untuk tegur peniaga.

“Peniaga, tolonglah peka. Benda ni mungkin sudah terbiasa. Tapi pada saya, tidak biasa. Tolong basuh tangan,” tulisnya.

Bukan sahaja wanita itu, malah ramai lagi pelayar Thread di ruangan komen mendakwa mereka juga pernah berada dalam situasi sama.

Menurut seorang lagi wanita, dia juga pernah menyaksikan peniaga nasi kukus yang merokok ketika proses penyediaan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga pengotor! Wanita loya tekak jumpa gumpalan dedak saiz bola pingpong dalam ayam panggang

ARTIKEL BERKAITAN: Buat berpuluh biji kek satu pun tak menjadi! Peniaga rugi, staf pulang tak dibayar gaji… Rezeki pelanggan dapat percuma

“Kat tempat saya, ada kedai nasi kukus agak popular. Pekerja dia goreng ayam sambil hisap rokok. Bila tegur terus buat muka.

“Pada saya, berniaga tepi jalan pun kena jaga kebersihan. Ni belum sentuh lagi bab apron, penutup kepala dan pakai jam.

“Kalau ada pihak berwajib buat pemeriksaan mengejut, mesti cakap susah Melayu nak berniaga,” tulis wanita itu pula.

Peniaga tepi jalan juga perlu menjaga kebersihan gerai mereka. -Gambar hiasan

Menurut seorang lagi individu, dia juga pernah menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menegur peniaga yang pengotor.

“Pernah nak beli makanan tepi jalan, pekerja dia warga seberang. Tiba-tiba lelaki tengah hisap rokok, dengan tangan tak basuh terus nak buat makanan aku.

“Aku terus cakap no, jangan buat makanan saya. Saya (cakap) saya pegawai KKM, cuma hari ni dah habis kerja. Kalau tak, abang mesti kena (tindakan).

“Terkebil-kebil muka member, padahal aku ni pekerja kedai makan je,” kongsi individu itu pula.

Scroll to Top