RSS Suria

Wanita bengang pakaian dalam disentuh-sentuh, dialih di kedai dobi layan diri… Lambat beberapa minit je pun!

BAGAIKAN trend, kemudahan dobi layan diri kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat.

Ia menawarkan keselesaan, kecekapan masa dan harga yang berpatutan.

Namun di sebalik kemudahan itu, timbul pula isu kurang menyenangkanapabila pakaian disentuh dan dialihkan oleh pelanggan lain tanpa kebenaran.

Kaum lelaki juga rajin berkunjung ke kedai dobi layan diri untuk mencuci dan mengeringkan baju. -Gambar hiasan

Begitulah luahan seorang wanita ketika berkunjung ke sebuah kedai dobi layan diri untuk mengeringkan bajunya.

Tanpa mendedahkan lokasi kedai dobi, wanita itu berkatapakaiannya yang berada dalam mesin pengering di premis itu dialihkan individu tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN:Sumbat selagi boleh! Lelaki bengang tengok makcik guna mesin di dobi layan diri, ini ke cara B40 nak berjimat?

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita serabut jiran kerap tumpang guna mesin basuh… Makin sakit hati dibuat macam kedai dobi, sumbat sampai tersekat!

“Boleh tak jangan normalisasikan ambil baju orang dekat dryer (mesin pengering) tanpa kebenaran.

“Kalau lambat 30 minit faham lakot. Tapi tak sampai berapa minit pun,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Terus merungut, wanita itu bagaimanapun menjelaskan dia berada di dalam kedai dobi tersebut ketika kejadian berkenaanberlaku.

Normalisasikan diri anda supaya tidak ke mana-manasekiranya anda berada di kedai dobi.

NETIZEN

Apa yang lebih dikesalkan, individu berkenaan sewenang-wenangnya menyentuh pakaian dalammiliknya.

“Saya berada di situ. Tahu tak ada pakaian dalam kami dalam tu?” katanya kesal namun tidak mendedahkan tempoh masa pakaiannya dibiarkan di dalam mesin pengering selepas ia selesai dikeringkan.

Di ruangan komen, perkongsian wanita itu mendapat reaksi berbeza dalam kalangan netizen.

Bukan mahu berkongsi rasa simpati, sebaliknya rata-rata netizen mempersoalkan sikapnya yang dianggap mementingkan diri sendiri ketika menggunakan kemudahan itu.

Bagi kebanyakan wanita, pakaian dalam dianggap terlalu privasi. -Gambar hiasan

Maka tidak hairanlah hantarannya itu hanya mengundang banyak kecaman.

“Dah tahu ada pakaian dalam tu, kau tunggulah. Kau ingat semua mesin tu kau punya?

“Tak reti bajet masa ke? Jangan normalisasi datang lewat. Lagi lima minit nak habis, patut dah bersedia tunggu. Awak ada masalah sikap, serius.

“Masa beberapa minitawak tu lebih bernilai daripada orang lain ke? Awak memang special ke? Normalisasikan untuk menghormati masa orang lain.

“Normalisasikan diri anda supaya tidak ke mana-manasekiranya anda berada di kedai dobi. Atur dan luangkan masa untuk perkara itu, kerana bagi sesetengah orang merasakan satu minit itu adalah bernilai,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top