PENGGUNAAN singkatan perkataan dalam penulisan mesej perbualan di aplikasi sembang sosial seperti WhatsApp atau media sosial adalah perkara biasa.
Bagaimanapun terdapat beberapa perkataan yang mempunyai singkatan sama sehingga mencetuskan salah faham dalam komunikasi.
Berhadapan situasi seumpama itu, seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika cuba mendapatkan perincian tentang barangan yang ingin dibeli semasa sesi jualan secara langsung di laman sosial.
Berniaga atas talian semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda. -Gambar hiasan
“Pernah tanyalive host TikToksama adakaftan yang dia review tu’bf friendly‘ atau tidak.
“Kemudian dia balas… bf saya tak friendly kak, akak jangan macam-macam, akak berpurdah,” coretnya berkongsi perbualan berkenaan.
Ia berikutan perkataan ‘bf’ yang dimaksudkan disalah faham oleh individu berkenaan sebagai boyfriend.
ARTIKEL BERKAITAN:Cara zip kain, butangkan baju pun kena ajar… Wanita bimbang trend GRWM, golongan berhijab turut sama tayang bahagian sensitif
ARTIKEL BERKAITAN:Lain macam OOTD kemeja Fazura, wanita ini ‘confident’ sarung 2 helai baju serentak… Netizen tak sanggup tiru fesyen sarat!
Walhal wanita ini ingin mengetahui sama ada pakaian yang direviu itu sesuai digayakan wanita menyusukan anak (breast feed) atau sebaliknya.
Menyedari persoalannya disalah tafsir, pengadu kemudiannya mendiamkan diri.
“Kau kenapa dik, kau tengah review kaftan bukan jantan… akak anak empat dah.
Tak semua orang faham singkatan bagiperkataanbreast feed terutama yang masih bujang.
WARGA MAYA
“Tak tahu nak salahkan diri sendiri atau dunia,” tambahnya lagi yang turut terhibur apabila live host terbabit hanya ketawa selepas diperbetulkan rakannya.
Menurut pengadu lagi, dia pada awalnya menulis ayat yang penuh ‘breast feed‘ tetapi perkataan tersebut ditapis platform berkenaan.
Susulan itu dia menggunakan singkatan perkataan bagi mengajukan soalan, namun disalah tafsir pula.
Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Perkongsiannya itu membuatkan warga maya tampil dengan reaksi lucu.
Malah ada yang pernah mengalaminya kerana penggunaan singkatan perkataan.
“Aku pernah kena juga dengan peniaga live jual serum rambut, tapi hosttuberbangsa Cina. Aku tanya…bf mom boleh pakai ke?
“Kemudian dia jawab…you punya bf pun boleh, mak you punya bf pun boleh. Terus jammed otak aku.
“Tak semua orang faham singkatan bagiperkataanbreast feed terutama yang masih bujang.
“Kalau tulis penuh kena violation kat komen, tulis bf disalah erti pula,” demikian reaksi warga maya.