SETIAP wanitahamil akan diberikan tarikh jangkaan bersalin bagi memudahkan mereka membuat persiapan sewajarnya.
Tarikh itu ditetapkan dengan mengambil kira tempoh 40 minggu usia kandungan.
Namun kebanyakannya tidak mengikut jangkaan danbersalin lebih awal atas sebab-sebab tertentu seperti dilalui wanita ini yang melahirkan bayi pada usia kandungan 38 minggu.
Bagaimanapun berita gembira itu nampaknya menjadi asbab baginya untuk meletakkan jawatan dalam pekerjaan.
Ramai pekerja yang merasakan diri mereka dianiaya majikan. -Gambar hiasan
“Pada 10 Jun pengurusminta senarai kerja yang sedang berjalan atau tertangguh.
“Kemudian 11 Jun adamesyuarat, aku maklumkan kalau tak bersalin awal, akan ambil cuti bermula 18 Juntapi ditolak bos dan pengurus.
“Aku stres dan pujuk bayi keluar awal. Akhirmya12 Jun tu keluar tanda-tanda. Aku bersalin pada pukul 2.33 petang, keesokan harinya,” ujar wanita itumengimbau insiden yang berlaku pada tahun 2024.
ARTIKEL BERKAITAN:Buat aduan lepas ‘resign’, wanita menang kes cuti bersalin tak ikut akta! Majikan rasa teraniaya diarah bayar pampasan
ARTIKEL BERKAITAN:‘Resign’ lepas cuti bersalin, wanita teruk dimaki! Bos haramkan bonus dan gaji, ‘ditahan’ selagi tak dapat pengganti
Menurut wanita ini, dia yang pada ketika itu sepatutnya berada dalam fasa gembira dengan kehadiran ‘orang baharu’ bagaimanapun dirundung kemurungan disebabkan bebanan kerja.
Lebih menyedihkan apabila dia diminta untuk memberi surat tunjuk sebab kerana gagal menyiapkan tugasan kira-kira seminggu selepas bersalin.
“Pada 20 Jun syarikat minta buat surat tunjuk sebab kerana gagal siapkan kerja.
“Tapi pada 24 Jun aku hantar surat perletakan jawatan dan sebab gagal siapkan tugasan sebab bersalin awal dari tarikh jangkaan.
“Pengurus pula tak mahu aku serah tugasan aku kepada dia,” terang wanita itu lagi.
Orang bersalin pun minta surat tunjuk sebab? Kalau saya, dah tunjuk jahitan bersalin tu pada dia.
WARGA MAYA
“Bayangkan kena lalui situasi toksik seminggu selepas bersalin, memang stres masa tu sebab terfikir kenapa syarikat buat aku macam tu,” jelasnya yang sudah berkhidmat selama tiga tahundi syarikat berkenaan.
Sepanjang tempoh itujuga dia tidak pernah gagal menyiapkan tugasan yang diberikan.
Tambah wanita ini, susulan surat perletakan jawatan yang diberikan, dia tidak perlu hadir ke pejabat kerana tempoh tiga bulan notis dikira sejajar dengan cuti bersalin.
Meskipun kecewa dengan sikap majikan, namun dia tetap menzahirkan rasa syukur dan menganggapnya sebagai peluang untuk melihat tumbesaran anak perempuannya yang kini hampir berusia setahun.
Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.
“Itu keputusanterbaik yang aku buat, aku dapat jaga anak sepenuhnya dan tengok dia membesar depan mata.
“Daripada meniarap, merangkak, duduk dan sekarang dapat jalan… semua berjaya dirakam,” tambahnya.
Perkongsian pengalamannya itu mendapat perhatian warga maya.
Ramai yang memberikan kata-kata sokongan selain berkongsi situasi dialami.
“Kebanyakan daripada kita menjaga hati majikan sampai hati sendiri lunyai.
“Orang dah bersalin pun minta surat tunjuk sebab? Kalau saya, dah tunjuk jahitan bersalin tu pada dia.
“Saya pun akan tender juga, jadi serabut kepala, macam ingat bersalin ni perkara main-main,” demikian reaksi warga maya.