RSS Suria

Wanita bersengkang mata masak 6 jenis kuih, seronok ‘dilamar’ jadi vendor… Lepas 3 hari baru sedar ditipu, lebih RM200 hangus!

DEMI menambah pendapatan keluarga, ramai suri rumah mula berjinak-jinak dalam melakukan perniagaan dari rumah seperti membuat kuih.

Bagi seorang wanita, hatinya berbunga-bunga selepas perniagaannya mula mendapat perhatian apabila dihubungi peniaga makanan berkonsepkan vendor.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, wanita yang mengusahakan bisnes kuih tradisional dan pemanis mulut di sekitar Johor Bharu itu dipelawa untuk meletakkan enam jenis makanan di gerai milik individu berkenaan.

Namun kegembiraannya hanya sementara apabila dia tidak menerima bayaran sebanyak RM242.90 selepas tiga hari bekerjasama dengan peniaga terbabit.

Photoshoot at Kuali kitchen, Petaling Jaya.

Menyediakan kuih tradisional memerlukan kesabaran tinggi. -Gambar hiasan

“Aku kena scam ke? Ceritanya ada (pengusaha) vendor hubungi nak minta supply kuih dekat gerai dia.

“Aku memang buat bisnes kecil-kecilan dari rumah dengan ambil tempahan kuih dan pemanis mulut. Memandangkan dia yang approach, jadi aku berbesar hati, aku positif rezeki nak masuk ni,” katanya memulakan cerita.

Menurut wanita itu lagi, kesilapannya ialah dia tidak mempunyai maklumat terperinci tentang peniaga terbabit melainkan nombor telefon.

Sepengetahuannya lagi, peniaga terbabit berniaga seawal pukul 2.30 pagi di sekitar Bakar Batu, Johor Bharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai vendor pilih kasih, ibu tunggal sedih nasi banyak tak habis sebab disorok! Makanan orang lain semua letak atas meja

ARTIKEL BERKAITAN: Berniaga tepi jalan, pakcik ini curi peluang kumpul pahala mudahkan penunggang motor baru balik dari klinik

Bercerita lanjut tentang kerjasamanya dengan peniaga terbabit, wanita itu berkata dia hanya menerima bayaran sebanyak RM50 sepanjang tiga hari.

“Aku tak tahu lokasi sebenar dia berniaga. Hari pertama hantar kuih semua habis dan dia perlu bayar RM100. Dia janji nak bayar semasa hari kedua ambil kuih.

“Seperti dijanjikan dia bayar masa nak ambil kuih pada hari kedua tu, tapi RM50 je secara tunai. Lagi RM50 katanya nanti transfer.

“Hari kedua pun kuih semua habis… total RM117. Dia cakap nak transfer bayaran sekali dengan RM50 (baki hutang hari pertama) tapi tak juga. Hari ketiga aku masih buat kuih lagi, kuih pun habis total RM75,” katanya.

Maklumat peniaga vendor tu aku tak ada jadi tak boleh buat apa… itu silapnya.

PENIAGA KUIH

Namun ujarnya masuk ke hari berikutnya dia seakan hilang kesabaran dan terus menghantar mesej di aplikasi WhatsApp peniaga terbabit bagi bertanyakan tentang status bayaran tertunggak.

Keadaan itu juga membuatkan dia berbelah bahagi untuk terus membekalkan kuih muih kepada peniaga itu.

“Tiba-tiba pula suami aku tanya sama ada peniaga itu dah bayar ke belum… aku pun bercerita pada suami. Suami aku tak bagi teruskan selagi dia tak buat bayaran,” jelasnya.

Tambah wanita itu dia cukup kecewa apabila peniaga terbabit berterusan memberikan alasan setiap kali diminta melunaskan hutang.

“Aku pula yg nak minta maaf dekat dia, entah aku ni masih bersangka baik. Tapi tengok cara dia beri pelbagai alasan.

Jalan Radin, Seri Petaling ramadan bazaar in Seputeh parliament, KL. —YAP CHEE HONG/The Star

Pelbagai jenis kuih dijual demi memenuhi cita rasa pelanggan. -Gambar hiasan

“Kejap QR bermasalah, kejap kad bank luput. Dia nak pajak telefon bimbit untuk bayar duit aku.

“Auta je, sampai sekarang tak bayar RM242. Jumlah itu mungkin kecil pada orang lain, tapi itu duit hasil aku penat duduk di dapur buat kuih sambil jaga anak-anak,” luahnya.

Tambah wanita itu lagi, apa yang berlaku dianggap satu pengajaran berharga buatnya terutama sekali agar dia lebih berhati-hati dalam perniagaan.

“Maklumat peniaga tu aku tak ada jadi tak boleh buat apa. Itu silapnya. Tolong doakan aku dapat duit kuih, kalau betul peniaga tu scam, aku tak halalkan duit hasil titik peluh aku.

“Lepas ni memang susah aku nak percaya orang, serik. Lebih baik ambil tempahan dari rumah,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top