MENJADI pempengaruh atau ‘influencer’ di media sosial antara cita-citaatau idaman segelintir anak muda masa kini.
Mana tidaknya, mereka bukan sahaja popular dan dikenali ramai dengan jutaan pengikut, malah disanjung serta diberi layanan baik.
Menurut seorang wanita, dia mempunyai rakan perempuanyang turut mengimpikan untuk menjadi personaliti media sosial, apatah lagi’tuan badan’ ada rupa.
“Sebenarnya kawan aku ni not bad cantik juga, dan dia sentiasa konon nak jadi ‘influencer’. Tapi bila tengok pun, macam tu je,” dedahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Bergelar personaliti media sosial akan membuatkan diri lebih dikenali ramai. -Gambar hiasan
Namun dia berasa terkilanapabila menyedari rakannya yang ‘terpaling influencer’ itu bersikap memilih kawan dalam membuat hantaran atau memuat naik gambar di laman sosial.
“Bila dah bertahun-tahun, baru perasan dia tak pernah post aku ni kat mana-mana media sosial dia.
“Padahal kawan aku yang satu circle tu boleh je dia post. Mungkin sebab aku tak lawa kot,” ujarnya.
Situasi pilih bulu yang baru disedariitu sedikit-sebanyak menyinggung perasaannya sebagai seorang rakan.
Kita gemuk dan tak lawa.
WANITA
“Sedihnya, selama lima tahun dia tak pernah repost atau letak saya dekat story Instagram atau status WhatsApp dia.
“Kalau ada gambar ramai-ramai, baru perasandia banyak tutup muka kita dengan emoji,” katanya yang terkilan dengan perkara itu.
Sesetengah individu bersikap memilih kawan. -Gambar hiasan
Jauh di sudut hati, dia mengakui wajahnyatidak secantik rakannya itu, dengan penampilan yang kurang menarik.
“Kita gemuk dan tak lawa. Bukan buruk sangka, sebab dah perasan lama perangai dia macam tu.
“Sedangkan bestie(kawan baik) yang dia rapat sekarang tu aku yang kenalkan. Entah aku rasa sedih,” tambahnya.
Enggan dikelilingi oleh kumpulan rakan yang toksik, dia kemudian membuat keputusan untuk mengundurkan diri.
“Okay, aku buat keputusan untuk tak follow dia dan remove dia di media sosial.
“Sekarang aku dah cut her off (memutuskan hubungan dengannya) dimedia sosial, tapi aku pasti dia pun tak perasan,” katanya lagi.