APLIKASI janji temu (dating app) kini menjadi medium popular untuk mencari cinta, lebih-lebih lagi dalam era serba digital.
Namun di sebalik kisah cinta dan bahagia, ada juga yang terjerat dengan individu berniat jahat dalam aplikasi itu.
Seorang wanita di Thread turut berkongsi pengalamannya berkenalan dengan lelaki miang yang berselindung di sebalik imej alim.
Wanita perlu berwaspada ketika menggunakan aplikasi janji temu. -Gambar hiasan AI
“Aku nak kongsi pengalaman kenal lelaki dekat aplikasi cari jodoh. Pertama kali kenal, baguslah sembang.
“Dia bagi salam, siap pesan jangan lupa solat. Dia pesan, walau jahat macam mana sekali pun, jangan lupa solat.
“Lepas tiga minggu kenal, dia tanya dada aku saiz berapa?” kongsi wanita itu.
- Aplikasi janji temu makin digunakan untuk cari jodoh.
- Mangsa dedah terjerat dengan lelaki berimej alim tapi miang.
- Wanita kongsi pengalaman digoda lepas baru kenal.
- Ramai wanita lain turut berkongsi kisah sama.
- Netizen nasihat jangan mudah percaya lelaki dalam talian.
Perkongsian kisah berkenaan turut membuka ruang untuk wanita-wanita lain berkongsi pengalaman masing-masing menerusi ruangan komen.
Menurut seorang lagi wanita, dia juga pernah tertipu dengan lelaki berperangai sama yang hanya mencari kepuasan seks semata-mata.
“Aku pernah kena macam ni. Aku ingatkan dah jumpa bakal imam yang boleh membimbing aku.
ARTIKEL BERKAITAN: "Jaga aib saya tau" – Lelaki umpan RM500 ajak pelajar video call sambil onani, kalau malu nak tengok boleh tutup muka
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dapat kiriman laptop terkejut tengok nama pengirim, terus berubah air muka… Rupanya bekas isteri hantar senyap-senyap
“Beberapa minggu lepas kenal, dia minta tolong l**capkan dia dalam kereta selepas balik makan malam.
“Apabila aku tak nak, dia geram. Masa hantar, dia sempat pesan sebelum masuk rumah nanti jangan lupa baca Surah tiga Qul,” kongsi wanita itu pula.
Beberapa lagi pelayar Thread turut mengingatkan kaum hawa agar tidak mudah terpedaya dengan lelaki di alam maya.
Lelaki dan wanita perlu menjaga batas pergaulan selagi mereka belum bernikah. -Gambar hiasan AI
“Tak payahlah cari jodoh dalam dating app. Kebanyakannya memang jantan gatal.
“Kadang-kadang aku terfikir, lelaki yang borak normal dah pupus ke?
“Saya susah nak percaya lelaki dalam dating app. Yang kenal face to face pun menggatal,” tulis netizen.