TAMAN asuhan kanak-kanak atau taska menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa yang bekerja.
Susulan itu, seorang wanita membuat perkiraan tentang kos yang perlu ditanggung ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke taska.
Katanya, perbelanjaan bulanan untuk setiap anak yang dihantar ke pusat asuhan adalah tinggi hingga mencecah ribuan ringgit.
Segelintir ibu bapa akan membuat tabung pendidikan untuk anak-anak mereka. -Gambar hiasan
“Orang yang hantar anak dia ke taska, dua orang dah cecah RM700 sebulan.
“Yuran tahunan pula sekitar RM4,000. Mahalnya,” ujar wanita berkenaan menerusi hantaran di media sosial.
Menyifatkan kos tersebut sebagai sangat tinggi, dia turut membandingkan situasi semasa dengan zaman dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kawan minta pinjam 10K mahu daftar anak ke tadika mahal… Wanita ragu-ragu nak bagi, gaji bersih 2K tak kan tiada ‘savings’?
ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat cuti panjang, mak ayah bengang taska tutup seminggu… Tak ada siapa nak jaga anak
Malah katanya, golongan yang kaya pada masa ini bukanlah mereka yang memiliki rumah besar mahupun kereta mewah.
Sebaliknya, pasangan suami isteri yang menghantar anak-anak ke taska.
Ibu bapa betul-betul melabur pada anak mereka berbanding perbelanjaan beli kereta.
WARGA MAYA
“Sekarang orang kaya di mata aku bukanlah yang pakai kereta besar tapi orang yang hantar anak ke taska,” tambahnya lagi.
Pandangan yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya bersetuju kerana turut berhadapan dengan situasi sama.
Warga maya berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing.
“Saya ada tiga orang anak, semua hantar pra sekolah sepenuh hari. Perbelanjaan kena darab dengan tiga dan itu tak termasuk jalan-jalan atau lawatan. Yuran pendaftaran pun lain.
“Bukan kaya tapi terpaksa, kalau ada tadika kemas macam kat kampung, alangkah seronoknya.
“Hantar anak-anak naik kereta biasa, selalu nampak dan rasa macam ibu bapa tu betul-betul melabur pada anak mereka berbanding perbelanjaan beli kereta.
“Dikatakan pelaburan terbesar bukan pada melancong atau kereta tapi anak-anak,” demikian reaksi warga maya.