CAJ perkhidmatan kesihatan yang rendah dan bersubsidi di fasiliti kerajaan sememangnya membantu masyarakat kurang berkemampuan mendapatkan rawatan yang baik dan berkualiti.
Bagaimanapun ada juga yang beranggapan caj rawatan yang dikenakan sangat rendah dan wajar dinaikkan, seperti mana saranan pengguna media sosial ini.
Dikenali sebagai Aida, dia berpandangan kos rawatan yang tinggi akan membuatkan masyarakat lebih memandang serius kesihatan diri masing-masing dan berusaha mengelak daripada terkena penyakit.
Anak-anak diharapkan menjadi penyeri sesebuah keluarga. -Gambar hiasan AI
“Dah sampai masa caj ke klinik kerajaan dan hospital kerajaan dinaikkan.
“Barulah (masyarakat) ada kesedaran untuk jaga kesihatan,” ujarnya ringkas.
Pada masa ini, caj pendaftaran untuk rawatan biasa hanyalah RM1 manakala RM5 bagi temu janji bersama pakar.
ARTIKEL BERKAITAN: Asnaf buat perangai, 7 kali kena halau tuan rumah… Zakat Selangor terpaksa jawab, dituduh biar Abang Kasturi tinggal bawah jambatan
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat duit zakat tapi ada barang kemas, sakan melancong… Wanita terkejut kenalan terima bantuan hidup senang
Bagi proses kelahiran pula, kosnya adalah RM300 hingga RM400 bagi rawatan melibatkan pembedahan ceasaran manakala RM100 hingga RM200 bagi bersalin normal.
Mengakui kos tersebut rendah, Aida turut menggesa supaya kos minima atau bersubsidi proses bersalin dihadkan kepada tiga orang anak sahaja.
Wanita ini juga berpendapat, kos yang terlalu rendah juga membuatkan ramai pasangan suami isteri mengambil kesempatan dan mengabaikan isu perancangan keluarga.
Mereka (asnaf) tu nak dengar ke, selalunya apabila sebut pasal perancang keluarga, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
WARGA MAYA
Malah dia tanpa berselindung memberi contoh golongan asnaf yang diketahui memiliki ramai anak meskipun hidup menerima bantuan kerajaan.
“Kalau bersalin tu hadkan percuma untuk tiga kelahiran je, lebih daripada tu bayar RM1,000.
“Barulah asnaf-asnaf ni takut nak beranak ramai, harapkan bantuan je untuk hidup,” ujarnya.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Warga maya tampil dengan pandangan masing-masing.
Meskipun ada yang bersetuju dengan pandangannya, namun mereka turut meluahkan kebimbangan sekiranya Malaysia menjadi negara tua sebagaimana dialami Jepun masa kini.
“Yang membayar cukai ni hari-hari bertekak dengan bos, yang menerima bantuan bergembira tanpa tekanan.
“Ramai kat hospital kerajaan adalah warga asing, Hospital Ampang tu penuh dengan mereka. Jadi, mungkin kerajaan boleh ambil tindakan terhadap warga asing yang ambil kesempatan ni.
“Bahaya ni sebab Malaysia nak galakkan pertumbuhan penduduk, ini tak akan terjadi.
“Mereka (asnaf) tu nak dengar ke, selalunya apabila sebut pasal perancang keluarga, masuk telinga kanan keluar telinga kiri,” demikian antara reaksi warga maya.