RSS Suria

Wanita dapat hidu muslihat mak sendiri, segera tolak berpantang di rumah keluarga – “Dia hutang keliling pinggang”

SEORANG wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila ‘dibuang’ ibu sendiri gara-gara enggan menerima tawaran untuk dijaga ketika tempoh berpantang.

Berkongsi cerita, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Ain berkata, segalanya bermula apabila dia menyuarakan hasrat untuk berpantang sendiri bersama suami.

“Aku nak sedikit kata-kata semangat, dah seminggu keluar wad, aku czer (pembedahan caesarean).

“Sebelum mengandung lagi dah bagitahu mak yang aku nak pantang sendiri sebab akak aku dengan suami duduk dengan mak aku.

Setiap wanita hamil mempunyai komplikasi berbeza. -Gambar hiasan AI

Setiap wanita hamil mempunyai komplikasi berbeza. -Gambar hiasan AI

“Aku tak selesa nak bagi susu anak kalau abang ipar ada, lagipun aku ada ayah tiri.

“Aku tahu mak aku jaga bukan sebab nak jaga tapi nak duit, dia hutang keliling pinggang.

“Kalau duduk berpantang dengan dia, walaupun tak sebut pasal duit, mak akan sindir cakap buat penat jaga tapi tak bayar,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut Ain lagi, dia juga akan ditempatkan di ruang tamu sekiranya memilih berpantang bersama ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 kali bersalin, wanita tak sangka keempat paling mendebarkan… Suami jadi bidan terjun sambut anak lahir di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua sindir menantu bersalin czer, anggap ‘terlepas’ sakit melahirkan anak… Doktor tegur mentaliti kolot – "Nyawa mak dengan anak tak penting ke?"

Ia berikutan, kesemua bilik di rumah ibunya dihuni oleh adik-beradik yang lain.

“Adik bongsu pun duduk dengan keluarga, jadi aku dengan anak akan duduk mengangkang depan ruang tamu yang sangatlah tidak sesuai.

“Kakak sokong aku pantang sendiri, jadi tiba pada hari bersalin, suami cakap masa dalam bilik pembedahan yang mak cakap nak jaga sekurang-kurangnya dua minggu,” tambahnya lagi.

Namun sokongan yang diberikan kakaknya itu membuatkan dia tetap dengan pendirian untuk berpantang sendiri sehinggalah dia dipulaukan ibunya.

  • Wanita ini luahkan rasa kecewa dipulaukan ibu sendiri.
  • Tak selesa berpantang di rumah ibu sebab tiada privasi.
  • Ibu tidak bertanya khabar selepas Ain keluar hospital.
  • Sokongan moral datang daripada kakak dan orang ramai.
  • Isu ini cetus perbincangan tentang tekanan wanita berpantang.

Lebih menambah rasa sedih apabila ibunya langsung tidak bertanya khabar sejak dia dibenarkan keluar hospital.

“Mak aku kerja pukul 7 pagi, balik 1 tengah hari. Kalau masak pun petang, jadi macam mana nak jaga aku.

“Kalau dia penat, dia suka marah-marah.

“Jadi lepas keluar hospital, mak aku senyap sampai sekarang sebab terasa hati,” luahnya lagi.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Ramai yang bersimpati dan menyokong keberaniannya menjaga diri sendiri dalam tempoh yang sangat mencabar.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman serupa, mencerminkan isu hubungan antara ibu dan anak yang lebih kompleks daripada yang disangka.

“Aku block mak aku sendiri selama empat bulan selepas bersalin, czer juga, dia bising aku kena bedah sebab bayi besar dan asyik salahkan suami tak reti jaga anak.

“Mak awak patut faham sendiri yang rumah dia penuh, aurat awak kena jaga dan awak ambil keputusan yang tepat.

“Kadang-kadang pelik kenapa orang lain yang bersalin, orang lain yang kecil hati sedangkan mereka yang berpantanglah perlu jaga perasaan sendiri,” demikian reaksi warga maya.

Scroll to Top