RIDER penghantar bungkusan menjadi orang perantara di antara pembeli dan penjual, justeru mereka perlu memastikan barang yang dipesan selamat dihantar ke rumah pelanggan.
Seiring perubahan zaman, pembelian secara ‘online’ kini semakin popular sehingga wujud situasi di mana penghantar barang sudah arif tentang rumah dan pelanggan di kawasan kendaliannya.
Bagi seorang wanita, dia amat terhibur dengan sikap seorang rider yang sering menghantar bungkusan ke rumahnya walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.
Kreativiti penghantar barang ini turut memberikan kegembiraan kepada penerima. Foto Threads
Nur Aqilah yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata berkongsi bagaimana kegembiraannya berganda apabila barang yang dibeli selamat tiba dan si penghantar pula pandai berjenaka.
“Saya pernah dapat seorang rider yang lucu dan mencuit hati. Mungkin dah kini dah tukar orang. Jarang dapat dia lagi,” tulisnya di laman sosial.
Menerusi postingnya, dia turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan di WhatsApp antara mereka berdua menunjukkan bagaimana rider tersebut ’rajin’ melukis gambar orang lidi yang gigih menghantar barang di rumah pelanggan.
Setiap kali penghantaran dibuat, dia akan melukis gambar orang lidi di atas gambar, bukti parcel dihantar ke rumah pelanggan.
ARTIKEL BERKAITAN: Berpeluh ulang alik hantar makanan, rider terkedu gaji dipotong… Licik pelanggan warga asing menipu!
ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah gelap, alamat kecil… ‘Rider’ lega nampak kelibat pelanggan tunggu luar rumah, lancar urusan – “Tak dapat tip bukan masalah”
Antara gambar yang dilukis termasuklah orang lidi memanjat tangga untuk meletakkan barang atas tembok, orang lidi mengangkat seorang rakan, orang lidi memakai kasut tumit tinggi dan orang lidi kesejukan menghantar barang ketika hujan.
“Selalunya mereka selit di celah pagar dan sekadar hantar gambar dan notifikasi untuk beritahu parcel sampai.
“Saya selalu balas okay terima kasih. Jadi tak ada la rasa sepi WhatsApp tu.
Nak edit macam ni banyak pula kerja penghantar barang ni
NUR AQILAH
“Nak edit macam ni banyak pula kerja penghantar barang ni,” katanya.
Wanita ini juga mendoakan agar penghantar barang berkenaan bahagia dan terus membuatkan pelanggan terhibur setiap kali menerima notifikasi mesej daripadanya.
“Kena rajin nak edit satu per satu gambar. Dapat pula pelanggan peramah macam saya suka balas.
“Saya sekadar meraikan sahaja. Tak semua rider rajin macam ini,” ujarnya yang kini tidak lagi menerima WhatsApp lucu daripada penghantar berkenaan.
Sikap penghantar barang yang sopan membuatkan pelanggan senang hati. -Gambar hiasan
Perkongsian wanita ini mendapat perhatian warga maya yang turut terhibur dengan kreativiti penghantar barang.
“Sungguh comel dan kagum dengan caranya. Pasti dia seorang yang menyeronokkan. Semoga dia mendapat ganjaran pahala dan rezeki kerana menceriakan hari orang lain.
“Gigih abang ni lukis gambar.
“Kalau dapat rider begini nak beri upah lebih pun tak berkira.
“Enjoy rider ni kerja. Sekali dengan kita terhibur,” antara maklum balas diberi warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube