RAMAI yang berkahwin atas pilihan keluarga kerana percaya ibu bapa lebih arif dalam soal jodoh.
Namun tidak semua keputusan itu membawa kebahagiaan dalam perkahwinan.
Di platform X, seorang wanita meluahkan rasa menyesal apabila suami yang dipilih ibunya tidaklah sebaik yang disangka.
Segelintir wanita akan memeriksa telefon suami ketika mereka tidur. -Gambar hiasan AI
“Dulu aku dengan bekas teman lelaki aku bercinta hampir tiga tahun. Lepas tu mak aku cakap tak elok macam tu dan dia nak kenalkan dengan lelaki pilihan dia.
“Aku tak meragui pilihan mak sebab daripada dia semua mesti yang baik-baik. Fast forward, aku break dengan teman lelaki aku tu… tapi dia merayu jangan tinggalkan dia.
“Tapi aku buat tak tahu dan akhirnya kahwin dengan lelaki pilihan mak. Pada awalnya dia lelaki yang bagus luar dalam, tapi satu hari tu kantoi jua,” tulisnya memulakan cerita.
Aku percayakan bulat-bulat pilihan mak aku ni yang terbaik, tapi tidak. Akhirnya dia fed up dan aku diceraikan.
WANITA TERANIAYA
Menurut pengadu, usia perkahwinannya baru mencecah setahun, namun suaminya sudah melakukan banyak onar termasuklah kantoi melakukan perkara terkutuk.
“Perkahwinan kami baru masuk usia setahun, kantoi dengan aku dia ada perempuan lain dan aku baca WhatsApp, dia banyak video seks dengan perempuan tu.
“Hati aku remuk sangat. Aku percayakan bulat-bulat pilihan mak aku. Kononnya ni yang terbaik, tapi tidak. Akhirnya dia fed up dan aku diceraikan,” ceritanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak halang suami ‘makan luar’, isteri taat layan nafsu seks setiap hari – "Saya tunaikan sampai melecet!"
ARTIKEL BERKAITAN: Borak seks dengan suami, kemudian kongsi di media sosial… Wanita dianggap IQ rendah, tindakan nampak bodoh
Detik gelap dalam kehidupannya itu membuatkan dia kini tidak begitu rapat dengan ibunya sendiri.
Tambah pengadu, dia juga menyesal kerana meninggalkan bekas kekasihnya demi menurut permintaan ibunya.
Kebanyakan kes curang terbongkar selepas pasangan menemui bukti di dalam telefon. -Gambar hiasan
“Sekarang, aku cuba nak kenal dengan mana-mana lelaki, semua pergunakan aku. Aku dengan mak juga renggang. Adakah ini kifarah sebab aku aniaya orang yang sayangkan aku dulu?
“Kalau aku tak tinggalkan ex aku, mesti sekarang kami bahagia. Bodohnya aku. Mak suruh aku bersabar je sekarang. Entahlah,” luahnya lagi.