RSS Suria

Wanita ditegur jiran tumbuk sambal pukul 3 petang, ganggu budak-budak tidur – “Anak main ketuk-ketuk ke?”

BUNYI lesung batu menumbuk sambal menjadi punca seorang wanita ditegur jiran yang mengadu terganggu dan tidak selesa.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita yang tinggal di kawasan perumahan teres itu berkata pada hari berkenaan dia menumbuk sambal sekitar pukul 3 petang.

Namun dia tidak menyangka jirannya akan menghantar mesej panjang lebar bagi bertanya tentang bunyi yang dianggap bising dan mengganggangu ketenteraman itu.

Toleransi adalah penting bagi mengelakkan pergaduhan sesama jiran. -Gambar hiasan

“Duduk teres pun tak tenang ye. Kita kena ikut jadual harian dia (jiran). Baik duduk apartment lama.

“Jiran atas rumah lama, setiap hari pukul 4 pagidah menumbuk untuk berniaga. Saya tidurkan je anak.

“Ni saya tumbuk sambal pukul 3petang disuruh diam,” luahnya yang kesal dengan teguran berkenaan.

Menurut pengadu, menumbuk sambal bukanlah rutin harian sebaliknya hanya dibuat sekali-sekala apabila dia mahu menyediakan sambal menggunakan lesung batu.

ARTIKEL BERKAITAN:Jiran suka buat ‘kepala sendiri’, luaskan dapur sampai langgar sempadan! Apabila tegur terus nak ‘tabur’ duit, tak fikir isu kemudian hari

ARTIKEL BERKAITAN:Jangan masuk kawasan jiran, parkir kereta dalam pagar rumah orang… Penceroboh boleh didakwa!

“Dah dua tahun saya duduk sini, ini baru kali kedua atau ketiga guna lesung batu semata-mata nak buat sambal.

“Jadi saya mengadu dengan suami, minta bilik kebal khas untuk tumbuk sambal je. Kalau dah macam ni balik kampungje la aku tumbuk sambal,” katanya berseloroh.

Dalam mesej yang dikongsikan, jiran berkenaan memulakan perbualan dengan nada sopan dan memohon maaf sebelum bertanya sama ada anak-anaknya bermain dan membuat bising.

Dah dua tahun saya duduk sini, ini baru kali kedua atau ketiga guna lesung batu semata-mata nak buat sambal.

PENGADU

“Assalamualaikum, maaf sangat-sangat ye kalau saya salah. Anak ada main ketuk-ketuk ke?

“Maaf ye sebab nak bagi budak-budak tidur kejap. Maaf ye,” tulis jiran terbabit.

Bagaimanapun, pengadu membalas dengan baik dan menjelaskan bahawa bunyi tersebut berpunca daripada aktiviti menumbuk sambal yang sudah diselesaikan ketika mesej itu diterima.

Komen netizen di media sosial.

Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menganggap bunyi seperti itu adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi pada waktu siang.

“Kena alas kain. Tak la kasar sangat bunyinya kalau tumbuk pun.

“Alamak, bunyi lesung tak la kuat mana. Sabar je la sekejap sementara tu. Lepas tu sambung la tidur.

“Sebab tu tak payah ambil nombor untuk dihubungi jiran macam ni. Nak ‘membawang’ pergi je ke rumah dia,” komen beberapa netizen.

Scroll to Top