RSS Suria

Wanita dituduh cuba putuskan hubungan suami dengan ibu mentua, halang balik kampung – “Mereka kata aku ajak jalan-jalan”

PERKONGSIAN seorang wanita berhubung konflik keluarga antara dia dan mentua mencuri perhatian netizen.

Masalah yang berlaku menyebabkan dia terpaksa keluar dari group WhatsApp keluarga mentuanya begi mengelak perkara lebih buruk.

Menurut wanita ini, segalanya bermula apabila anak sulungnya yang berusia lima tahun terlibat dengan aktiviti sukan pada hujung minggu.

“Suami aku siap ambil cuti pada Sabtu sebab hari sukan anak sulung, Jumaat malam mak mentua call tanya balik (kampung) atau tidak.

Ibu bapa perlu sentiasa memberi sokongan pada anak-anak walaupun sekadar acara sukan. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa perlu sentiasa memberi sokongan pada anak-anak walaupun sekadar acara sukan. -Gambar hiasan AI

“Suami aku jawab tak sebab anak ada sukan, mentua jawab okay.

“Kemudian pada pagi Sabtu semasa kami tengah siap-siap nak pergi hari sukan anak, masuk WhatsApp kat grup famili suami tentang ceramah ‘berdosanya apabila cuba putuskan hubungan mak dengan anak’,” kongsinya menerusi hantaran di media sosial.

Susulan mesej yang diterima, dia hanya membiarkannya tanpa memberi komen balas manakala suaminya mengeluh.

Sepanjang perjalanan ke acara sukan, suaminya hanya mendiamkan diri meskipun dia memberi cadangan untuk pulang ke kampung selepas habis pertandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak senang duduk, tertanya-tanya punca tak dijemput masuk grup WhatsApp keluarga mentua… Rasa tak dihargai!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini pandai bawa diri dalam ‘WhatsApp group’ keluarga mentua, buat ‘bisu’ jika tak suka – "Saya bercakap apabila perlu"

“Dia tak cakap apa-apa dan semasa anak bersukan, dia letakkan telefon dalam beg aku sebab malas nak layan ragam ibunya.

“Aku biarkan je, kami enjoy dengan anak kami dan tak fikir apa dah jadi di sana.

“Balik dari sukan, suami aku ajak ke Melaka, rupanya dia dah tempah hotel dan nak bercuti,” tambahnya yang turut terkejut dengan rancangan berkenaan.

  • Suami tak balik kampung sebab anak ada acara sukan sekolah.
  • Mak mentua terasa dan hantar mesej sindiran dalam group.
  • Suami ajak isteri bercuti ke Melaka lepas sukan.
  • Keluarga mentua marah dan tuduh isteri pengaruh suami.
  • Suami minta maaf dan remove isteri dari group WhatsApp family.

Situasi yang pada awalnya menggembirakan menjadi suram selepas suaminya menjawab panggilan telefon.

Menurutnya, ibu mentua tiba-tiba marah apabila mengetahui mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Melaka dan tidak pulang ke kampung halaman.

“Tiba-tiba dalam grup keluarga mentua, aku dan suami dimarahi adik-beradik yang lain kerana membiarkan ibunya menunggu.

“Suami suruh aku balas ‘minta maaf’ sebab dah balik pada minggu sebelumnya. Kemudian aku terus diserang sebab dituduh pengaruh suami aku untuk lupakan maknya.

Netizen berkongsi pengalaman masing-masing.

Netizen berkongsi pengalaman masing-masing.

“Mereka cakap aku yang tak mahu balik dan ajak suami pergi jalan-jalan… suami aku memandu dan dia tak baca WhatsApp tu,” luahnya kecewa.

Bimbang ketegangan berlaku, dia kemudiannya mematikan telefon dan melayan suaminya berborak sehingga ke destinasi, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Namun setibanya di Melaka, suaminya terus meminta maaf selepas membaca setiap mesej yang dihantar adik-beradiknya.

Permohonan maaf tersebut membuatkan dia menangis hiba.

“Suami aku balas semua mesej berkenaan dan dia terus cakap… abang remove sayang, tak boleh macam ni, masing-masing macam tak ada akal.

“Sekarang aku tenang, suami aku beritahu perkara yang penting je daripada grup WhatsAppa tu. Sampai anak buah aku bertunang pun dia tak bagitahu,” tambah wanita ini.

Scroll to Top