SEORANG jurumekap berkongsi dilema yang sering membelenggu dirinya setiap kali terdetik hasrat untuk ‘berhijrah’ dan bertudung sepenuhnya.
Dia mengakui ingin berubah ke arah lebih baik, namun perasaannya sentiasa berbelah bahagi antara keinginan dalaman dan pengaruh sekeliling.
Menurut wanita itu, keinginan untuk menutup aurat dan berubah ke arah lebih baik khasnya dari segi pemakaian sering hadir dalam diri tetapi menjadi goyah apabila mengenangkan sikap rakan-rakannya yang bertudung litup.
Kebanyakan wanita akan memastikan mereka mempunyai semua jenis warna tudung. -Gambar hiasan
“Setiap kali saya rasa nak terus bertudung, saya selalu terbayangkan kenalan yang bertudung litup, baju pun tutup aurat, lemah lembut tapi mulut jahat sangat,” katanya.
Wanita itu mengakui dia kini berada di penghujung usia 20-an dan merasakan masa untuk dirinya berfoya-foya seperti zaman muda sudah berlalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Sedap kritik influencer pakai tudung nampak leher, lupa diri sendiri pun tak jaga aurat pakai seluar atas lutut
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri meninggal, suami agih-agih tudung! Terkejut ada jenis ‘kulit jagung’, material berbeza… Selama ni cuma tahu ‘bawal’
Namun, dalam masa yang sama, dia masih menyimpan minat terhadap kecantikan dan penampilan diri.
“Saya tak cakap saya baik, tapi bila rasa nak terus free hair saya rasa macam dah nak masuk 30an.
“Dah terlalu tua untuk havoc macam muda-muda dulu. Tapi saya pula suka kecantikan, macam mana nak kekal istiqamah?” soalnya.
Manusia ni bertudung ke tak semua ada dosa masing-masing.
NETIZEN
Luahan wanita itu di media sosial mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.
Rata-rata memberikan kata-kata semangat agar wanita itu tidak membandingkan diri dengan orang lain, kerana hijrah adalah perjalanan peribadi setiap insan.
Reaksi netizen.
“Cabar diri pakai tudung, mula dengan yang senang macam bawal atau tudung sarung.
“Insyallah lepas tu bila tak pakai tudung waktu keluar rumah rasa janggal, mesti nak bertudung.
“Itu bisikan syaitan je awak. Dia nak kelirukan awak. Manusia ni bertudung ke tak semua ada dosa masing-masing. Akhirnya hanya kita dan Allah,” demikian antara komen netizen.