KATA-KATA sindiran sememangnya lebih tajam daripada mata pedang.
Malah ia boleh meninggalkan trauma yang mendalam sehingga mangsa hilang keyakinan diri.
Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita berpuas hati apabila ejekan yang pernah diterimanya dahulu ‘berpatah balik’ ke tuan empunya badan.
Wanita yang berhati lembut cenderung untuk terasa hati. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, dia terguris hati selepas mendengar jenaka rakan yang merendahkan dirinya kerana berbadan gempal.
“Berwaspada dalam berkata kerana ia mampu mengguris hati sedalam-dalamnya. Dulu badan aku boleh dikatakan agak gemuk. Jadi ceritanya begini, ada sekali ni aku keluar berjalan dengan kawan di pusat beli belah.
“Kemudian kami lalu depan kedai yang menjual pakaian untuk wanita mengandung, tiba-tiba kawan aku cakap macam ni sambil gelak besar, weh baju pregnant ni sesuai untuk kau.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kau tak puas hati ke?” – Wanita parkir kereta senget ‘disembur’ pemandu sebelah, lelaki gempal mengamuk susah buka pintu
ARTIKEL BERKAITAN: Pereka fesyen bengang naik e-hailing! Pemandu merungut penumpang gempal, takut kereta rosak – “Ni perkhidmatan jenis apa?”
“Walaupun itu mungkin hanya gurauan, tapi aku agak terasa apabila mendengarnya. Kini beberapa tahun kemudian keadaan sudah berubah, aku berjaya kuruskan badan, manakala kawan aku tu pula sekarang berbadan dua.
“Aku tengok badan dia semakin kepam dan mengembang ekoran hamil, lebih besar daripada zaman aku gemuk dulu,” ujarnya puas melihat kifarah yang ditanggung si rakan.
Tambahnya, dia juga sempat menghamburkan kata-kata sarkastik kepada rakannya itu bagi memberi pengajaran kepadanya.
Lain tu weh gemuk kerana lemak dan gemuk angkara mengandung, tak sama.
WARGA MAYA
“Aku nasihat dekat dia jangan terlalu stres memikirkan tentang soal badan. Tapi tiba-tiba dia marah aku balik, dia cakap aku tak faham apa dia rasa.
“Eh? Sekarang ni siapa yang mengata siapa,” katanya geram.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya dilihat kurang bersetuju dengan pandangan wanita itu yang dianggap syok sendiri.
Pelayar bertukar pandangan.
“Lain tu weh gemuk kerana lemak dan gemuk angkara mengandung, tak sama. Mengaku je la yang awak tu dulu obesiti, tak perlu nak hati tisu.
“Tahniah saya ucapkan kerana berjaya turunkan berat badan, tapi nampak sangat hati awak tu busuk sebab masih sempat menghina paras rupa kawan yang sedang mengandung.
“Sebenarnya awak dua kali lima je dengan kawan tu, awak pernah diejek dan sekarang awak pula yang mengejek,” demikian kata warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube