RSS Suria

Wanita geram makcik degil tak nak rapatkan saf, sanggup biar ada ‘lubang’ antara jemaah… Dalam masjid pun sombong!

SOLAT berjemaah di masjid merupakan salah satu amalan yang sangat digalakkan dalam Islam dan besar pahalanya.

Namun, ada sesetengah jemaah terlepas pandang atau tidak tahu tentang adab-adab penting yang perlu dijaga ketika solat berjemaah, termasuklah dalam hal merapatkan saf.

Seorang jemaah wanita, Azue Razak menceritakan pengalamannya ketika menunaikan solat di sebuah masjid yang tidak dinyatakan lokasi.

“Saya pergi ke sebuah masjid untuk solat Maghrib, (hampir tiba waktu Isyak) kerana perjalanan pulang dari KL ke Negeri Sembilan.

Ramai mahu merebut ganjaran pahala solat di masjid. -Gambar hiasan

“Bila sampai di masjid, lebih kurang 15 hingga 20 minit lagi nak masuk waktu Isyak. Alhamdulillah, sempat juga solat Maghrib.

“Selepas itu, saya mesej suami sama ada nak tunggu Isyak di masjid atau solat di rumah. Dia kata tunggu sahaja kerana azan Isyak hampir berkumandang,” katanya memulakan cerita.

Masuk sahaja waktu Isyak dan semua jemaah bersedia memulakan solat berjemaah, sikap seorang jemaah yang digelar ‘acik’ membuatkan dia berasa kurang senang.

Jelas wanita itu, dia menganggap makcik itu sebagai seorang yang sombong kerana tidak mahu berganjak dari kedudukannya untuk merapatkan saf dengan jemaah lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Telinga ‘berdesing’ dengar jemaah tegur anak bising… Sayu dengar reaksi budak 2 tahun lepas kena marah – “Masjid ni tempat orang tua je ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi solat di masjid, pemuda disindir jemaah ‘ahli syurga’! Cakap ikut sedap mulut, tak tahu apa dialami di rumah

“Acik jangan la sombong sangat dekat masjid. Semasa menunggu (Isyak), saya duduk di saf paling kanan dan ada seorang acik di saf yang sama.

“Bila solat berjemaah nak dimulakan, terdapat ruang lebih kurang dua orang di antara kami. Saya pandang acik itu supaya rapatkan saf ke sebelah kanan sekali, tetapi acik itu tak mahu bergerak.

“Saya tak faham… bukankah kita perlu rapatkan dan penuhkan saf ketika solat berjemaah? Acik itu hanya buat tak tahu sahaja dan hampir mengangkat takbir dah,” jelasnya.

Tidak mahu ada ruang kosong dalam saf, Azue terus memanggil seorang jemaah di belakang untuk solat di ruang kosong di safnya.

Bagaimanapun, dia tetap berasa terkilan dengan sikap makcik tersebut yang langsung tidak mahu berganjak dari tempat duduk asalnya.

Adab ini bukan hanya untuk orang muda, tetapi untuk semua umat Islam, tidak kira usia.

AZUE RAZAK

“Untuk mengelakkan ‘gap’, saya panggil seorang adik di belakang untuk rapatkan saf. Acik itu masih buat tak tahu dan terus duduk di tempat yang sama.

“Nasib baik adik itu datang dan rapatkan saf. Acik ini pun tak kanlah tak tahu adab solat berjemaah. Jika ditegur nanti, takut pula dianggap mengganggu tempat orang.

“Adab ini bukan hanya untuk orang muda, tetapi untuk semua umat Islam, tidak kira usia,” ujarnya lagi.

Perkongsian wanita ini meraih pelbagai pendapat netizen yang turut tidak puas hati dengan sikap makcik berkenaan.

Komen netizen di Threads.

Berdasarkan portal Mufti Wilayah Persekutuan, dapat disimpulkan bahawa Ilzaq (menempel atau mencantumkan) merupakan satu amalan sunah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam mendirikan saf ketika solat.

Amalan ini merangkumi tindakan merapatkan kaki dan bahu serta meluruskan barisan saf.

Namun demikian, pelaksanaan Ilzaq perlu dilakukan dengan penuh hikmah dan keprihatinan, bagi memastikan ia tidak mengganggu atau menyakiti jemaah yang berada di sebelah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top