RSS Suria

Wanita hairan bunyi aneh dari rumah jiran, macam tengah main tali skipping… Makin menjadi-jadi menjelang Subuh!

TANGISAN kanak-kanak, salakan anjing serta ekzos kenderaan merupakan gangguan bunyi yang biasa kita hadapi di kawasan perumahan.

Namunlain pula ceritanya melibatkan seorang wanita di aplikasi TikTok yang mendakwa sering dihantui bunyi ‘aneh’ dari kediaman jirannya.

“Korang rasa patut ke kami sekeluarga dengar bunyi macam ni setiap pagi? Hari-hari ya.

Children looking for porn sites on tablet.

Kanak-kanak tak sepatutnya mendengar ‘bunyi’ yang tidak sesuai dengan usia mereka.-Gambar hiasan

“Kalau sekali, boleh positif lagi. Mungkin lupa tutup tingkap. Kalau hari-hari?

“Rosak otak anak-anak aku tiap pagi macam ni,” tulis wanita itu sambil menambah ia biasanya berlaku sekitar waktu Subuh.

Sehingga kini video yang dirakam dari tingkap atau balkoni rumah wanita itu menerima lebih 1.3 jutatontonan di aplikasi TikTok.

Berdasarkan rakaman itu, ia kedengaran seakansesuatu objek seperti rotan atau tali yang dipukul pada lantai.

Rosak otak anak-anak aku tiap pagi macam ni.

PEMILIK VIDEO TULAR

Menjawab soalan netizen di ruangan komen, wanita itu berkata bunyi itu biasanya berlarutan dalam tempoh tiga ke empat minit sahaja.

Jelasnya, dia juga risau bunyi yang tidak sepatutnya itu akan difahami anaknya yang sudah meningkat remaja.

“Anak saya dah remaja, nak habis sekolah. Tak mustahil (faham bunyi). Anak remaja lelaki dah nak habis sekolah dah,” jawab wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak ketagih seks sejenis, selepas rakan ‘try’ laki dewasa pula! Pakar motivasi halang ibu hantar ke pusat tahfiz

ARTIKEL BERKAITAN:Suami dingin seks, malu walau dah lama kahwin! Elak berlaga bahu isteri, apatah lagi mula dulu – “Bab batin dia kurang”

Segelintir netizen mendakwa ia mungkin bunyi yang terhasil ketika jirannya sedang melakukan hubungan kelamin.

“Mungkin tengah ikhtiar hamil kot. Ramai bagi tip (bersama) pagi-pagi sebelum Subuh. Memang menjadi.

“Adatlah kalau duduk kondominium dan pangsapuri. Saya kerja sebagaipengawal keselamatan dekat 10 tahun. Jangan cakap bunyi, live show pun ada.

“Aku duduk hotel kat Hat Yai hari tu bunyi macam ni masa dalam perjalanan nak masuk bilik,” tulis netizen.

The house / room for rent / let ads displayed at Ss15, Subang Jaya area.

Gangguan bunyi sering berlaku di kawasan kejiranan. -Gambar hiasan

Di sebalik komen-komen berbaur usikan nakal, ramai juga pelayar TikTok yang tidak bersetuju dengan andaian itu.

“Bunyi tali skipping kena lantai tu. Dulu masa saya duduk kondo, ada juga seorang macam ni.

“Memang skipping.Saya kerja gim dan saya boleh sahkan ini bunyi skipping,” tulis netizen.

Scroll to Top