RSS Suria

Wanita hamil anak luar nikah diminta teruskan hidup, abaikan cacian masyarakat – “Lebih hina kalau buang dalam semak!”

WANITA yang hamil sebelum berkahwin biasanya akan berdepan pandangan serong masyarakat.

Situasi sama turut dilalui seorang wanita ini yang tular selepas berkongsi kisahnya menerusi aplikasi Thread.

Walaupun bukan beragama Islam, wanita itu berkata dia tetap dipandang serong oleh penduduk kampung dan orang sekeliling.

The Dragon Year has historically set the high-water mark for total live births each decade in Singapore. -- The Straits Times/ANN

Setiap pasangan pastinya mengimpikan cahaya mata. -Gambar hiasan

“Saya mengandung sebelum kahwin dan sampai sekarang belum kahwin. Saya bukan Islam.

“Saya tak kisah apa orang sekeliling nak cakap macam-macam. Saya bertanggungjawab atas perbuatan saya.

“Hina sangat ke yang kamu sebut anak luar nikah tu? Siapa kau nak judge?” tulis wanita itu.

Nak kahwin tapi tidak direstui, takkan saya mahu kahwin lari?

WANITA HAMIL SEBELUM KAHWIN

Tanpa mendedahkan identitinya, wanita itu berkata dia memilih untuk menerima segala kecaman dengan hati terbuka.

Malah katanya, dia banyak belajar mengenai sikap manusia selepas berkongsi kisah itu di media sosial.

“Nak kahwin tapi tidak direstui, takkan saya mahu kahwin lari? Lagi pula saya dah selesa dengan kehidupan sekarang.

“Cukup sekadar perbaiki diri. Orang nak cakap apa-apa saya dah kebal. Tujuan post hanyalah sebuah luahan, bukan untuk saya mencari simpati atau meminta apa-apa.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong, saya takut” – Gadis gelabah hamil luar nikah, ramai suruh terus buka buku pink

ARTIKEL BERKAITAN:“Buat sekali je, tak sangka pregnant” – Doktor terkedu dengar jawapan remaja hamil luar nikah

“Disini saya belajar sikap manusia… daripada cara mereka berfikir dan beri respons kerana pandangan dan pendapat masing-masing berbeza,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meninggalkan kata-kata semangat buat wanita itu untuk dia membesarkan anaknya.

Netizen turut meminta wanita itu agar dia terus kuat dan tidak mempedulikan segala cacian daripada orang sekeliling.

Tanpa mengira status, setiap anak perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang.-Gambar hiasan

“Orang luar memang tak ada kerja lain selain cakap tentang kita. Abaikan orang begitu, teruskan hidup.

“Selagi anak itu dibesarkan dengan baik dan penuhkasih sayang, tak perlu kisah apa statusnya.

“Tak kisah apa berlaku, jaga anak tu dengan baik. Lebih hina kalau hamil sebelum kahwin lepas tu buang anak dalam semak,” tulis netizen.

Scroll to Top