RSS Suria

Wanita hamil mengadu sakit, doktor jumpa sesuatu ketika periksa lubang dubur – “Besar sangat, sebesar genggam tangan saya!”

SETIAP wanita berdepan cabaran berbeza-beza ketika mereka berbadan dua.

Kebanyakan ibu hamil biasanya akan mengalami alahan, mengidam, peningkatan berat badan dan macam-macam lagi.

Di TikTok, seorang doktor berkongsi kisah pesakitnya yang diuji dengan masalah buasir ketika hamil.

Newborn baby feet in bed close up. Happy Family concept. Beautiful conceptual image of Maternity. Useful as greeting card. Selective focus

Setiap pasangan pastinya mahu mendapatkan zuriat untuk menyambung keturunan mereka. -Gambar hiasan

Menurut Dr Faezzah dari Klinik Daru Syifa, Jitra 2, Kedah, pesakit itu datang mengadu mengenai kesakitan yang dialami di duburnya.

“Doktor, tolong saya…saya sakit sangat kat dubur. Ada bengkak yang terkeluar dari dubur.

“Sakit sangat doktor. Nak duduk dan baring pun tak boleh,” tulis Dr Faezzah mengimbas semula dialog pesakit itu.

Kena makan banyak buah dan sayur, banyakkan juga minum air kosong… berak jangan teran kuat sangat.

DR FAEZZAH

Menurut Dr Faezzah lagi, wanita itu memaklumkan usia kandungannya sudah mencecah 30 minggu.

Ketika sesi pemeriksaan, Dr Faezzah mendapati buasir yang dialami wanita itu sudah membesar sebesar gengaman tangan manusia.

“Saya periksa sikit lubang dubur. Besar sangat buasir awak (pesakit). Sebesar satu genggam tangan saya. Kesian awak, mesti sakit sangat.

ARTIKEL BERKAITAN:Mengidam naik UFO, menangis tak dapat hidu ketiak masam suami… Wanita minta ibu hamil solat taubat

ARTIKEL BERKAITAN:“Buat sekali je, tak sangka pregnant” – Doktor terkedu dengar jawapan remaja hamil luar nikah

“Saya cuba tolong tolakkan buasir yang terkeluar ni. Awak tarik nafas dalam-dalam, saya tolakmasuk ya.

“Bengkak dah masuk, kemut kuat-kuat awak. Alhamdulillah, berjaya masuk balik buasir awak,” ujar Dr Faezzah kepada pesakitnya ketika sesi rawatan itu.

Dalam hantaran sama, Dr Faezzah turut berkongsi beberapa tip untuk mengelakkan masalah buasir.

“Untuk penjagaan lepas ni, kena makan banyak buah dan sayur. Banyakkan juga minum air kosong, berak jangan teran kuat sangat.

Wanita hamil juga boleh terkena buasir. -Gambar hiasan

“Buasir ada dua jenis iaitu buasir dalaman dan luaran. Untuk kes pesakit ini, ia buasir luaran,” kongsinya lagi.

Di ruangan komen, beberapa wanita turut berkongsi pengalaman mereka berdepan masalah sama ketika hamil.

“Boleh masuk, tapi akan keluar balik. Saya kena buasir masa anak pertama. Sampai sekarang ada buasir.

“Saya kena masa mengandung kali kedua. Kandungan 30 minggu ke atas masa kena tu. Sakit jangan cakaplah.

“Saya kena masa hamil anak kedua. Kena masa 36 minggu. Doktor bedah buang terus,” tulis netizen.

Scroll to Top