TANPA perlu jadi kaya atauhidup mewah, umat Islam kini boleh melakukan ibadah korban dengan modal rendah.
Namun pada masa sama, ada juga mereka yang kurang bernasib baik mahu mengumpul pahala untuk sama-sama melakukan ibadah korban.
Penceramah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkongsi mengenai seorang wanita yang bukan dalamkalangan orang berada terinspirasi daripada sesi kuliah beliau mengenai kelebihan ibadah korban.
Sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan menyara keluarga. -Gambar hiasan
Lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi, katanyawanita itu datang berjumpa dengannya selepas satu sesi kuliah di sebuah masjid.
“Daripada raut wajah dan cara berpakaian, ustaz dapat agak dia bukan daripada kalangan orang berada. Dia datang dan cakap pada, ustaz…saya nak buat ibadah korban tahun ini.
“Pada masa sama, dia hulur sekeping duit kertas RM100. Ustaz cakap pada dia…boleh puan, tapi duit ini tak cukup, kena tambah RM95,” katanya yang merujuk satu program korban di luar negara pada harga serendah RM195 untuk satu bahagian,” kongsi Ustaz Hanafi di Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN:Menu nasi ayam, ais krim Malaysia jentik hati ustaz… Rupanya golongan asnaf hanya miskin wang ringgit tapi kaya jiwa
ARTIKEL BERKAITAN:Imam disegani rupanya ada zaman gelap… Pernah bankrap, 8 tahun tak solat! Rezeki melimpah lepas tergerak hati ke masjid
Respons wanita yang dikenalinya sebagaiPuan Normah ituternyata mengejutkan Ustaz Hanafi kerana tidak menyangka jawapan sebegitu keluar dari mulut seseorang yang mempunyai kekangan kewangan, tetapimasih memikirkan tentang amal kebajikan.
“Ustaz, saya ada RM150 saja. Saya bagi RM100 dulu, nanti ustaz datang lagi saya bagi duit selebihnya.
“Allahuakbar, tersentak ustaz apabila dengar puan tu cakap macam tu. Apa yang ustaz terkejut adalah sebab dia tetap nak melakukan ibadah korban walaupun dia sendiri hidup dalam kesusahan.
“Saya teringin sangat nak buat korban, ustaz. Saya nak kejar kelebihan ibadah korban macam ustaz cerita,” kata Ustaz Hanafi mengimbas kembali perbualan bersama wanita itu.
Tanggungan dan komitmen yang perlu dibayar setiap bulan. -Gambar hiasan
Mengakui sebak melihat kesungguhan Puan Normah yang bersemangat untuk melaksanakan ibadah korban, iamembuatkan penceramah ituberfikir panjang terutamaapabila ramai orang mengambil sikap mudah tentang ibadah korban.
“Alasan mereka, tak payah korban la, bukan wajib pun, sunat muakkad je. Tahun lepas kan dah korban, tahun ini tak buat pun tak apa. Lain kali lah aku korban, ekonomi tak berapa bagus sekarang. kena jimat duit.
“Macam-macam alasan lagi yang ustaz pernah dengar. Kadang sedih pun ada dengar alasan begini,” katanya sambil menambah bahawa korban merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam.
Walaupun hidup mereka sempit, jiwa mereka besar dalam urusan amal ibadah.
USTAZ HANAFI
PENDAKWAH BEBAS
Kagum dengan pendirian Puan Normah, Ustaz Hanafi kemudian tampil berterus-terang kepada wanita itu.
“Macam inilah puan. Puan simpan duit ini, izinkan saya lakukan ibadah korban tahun ini untuk puan.InsyaAllah, ustaz akan usahakan daripada mana-mana sumber yang ada,” katanya.
Dalam hantaran sama di Facebook, penjelasan Ustaz Hanafi itu membuatkan air mata Puan Normah jatuh, menangis dengan penuh kesyukuran sambil memanjatkan doa.
Ustaz Hanafi berkongsi kisah kemasyarakatan yang memberi inspirasi dan pengajaran.
Menurut beliau, sejak beberapa tahun terlibat dengan program ibadah korban, ramai orang miskin yang ditemuinya menyuarakan harat untuk melakukan ibadah korban.
“Walaupun hidup mereka sempit, jiwa mereka besar dalam urusan amal ibadah. Macam-macam yang ustaz jumpa. Ada orang susah yang nak pergi Makkah, orang susah nak sedekah untuk pembangunan masjid, sedekah untuk Gaza dan jamu orang makan.
“Apa yang kita nampak adalah mereka disempitkan dalam urusan harta dunia. Tapi hakikatnya Allah luaskan jiwa mereka untuk mengejar ganjaran akhirat.
“Berjiwa besar dalam urusan amal ibadah ini bukan sesuatu yang mudah sebab kita tak mampu nak lihat balasan Allah dalam bentuk wang ringgit dan harta melimpah di dunia,” katanya lagi.