RSS Suria

Wanita insaf boros beli kuih raya lebih RM1,000! Sudahnya jamu perut sendiri sampai berat badan naik 3kg – “Tetamu tak makan sangat pun”

APABILA menjelang Aidilfitri, ramai yang teruja membeli pelbagai jenis kuih raya untuk disajikan kepada tetamu yang bakal bertandang ke rumah.

Namun, seorang wanita meluahkan rasa kesal selepas membelanjakan lebih RM1,000 untuk kuih raya pada tahun lalu yang akhirnya hanya dimakan sendiri.

Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita berkenaanberkongsi azamnya untuk lebih berhati-hatidalam perbelanjaan untuk membeli kuih raya tahun ini.

Masalah kuih raya tidak dapat dihabiskan sering berlaku selepas Aidilfitri tamat. -Gambar hiasan

“Tahun ni cadangnya tak nak beli biskut raya sebab tahun lepas habis lebih RM1,000 untuk kuihraya.

“Berat naik sampai 3kg (kilogram) sebab makan kuih raya je… Bukan orang datang ke rumah sangat pun, tuan rumah juga yang kena habiskan,” katanya.

Akibat pengalaman pahit itu, dia kini memilih untuk lebih berapada-pada dalam berbelanja.

Malah dia juga berazam untuk tidak mengikut nafsu membeli kuih raya yang dijual kawan-kawan di tempat kerja.

ARTIKEL BERKAITAN:Kuih raya tak hapak, lemau jika disimpan ikut 8 tip ini! 6 bulan masih elok lagi, mak-mak dah lama buat

ARTIKEL BERKAITAN:Urut dada ditipu penjual kuih raya ‘tak takut dosa’! Biskut cip coklat cuma di atas, tepi balang… yang lain semua kosong

“Tahun ni nak beli kekacang dan asam manis yang lebih sihat. Kalau buat pun, cukup satu atau dua jenis kuih raya saja.

“Tahun lepas asyik gila join pre-order biskut raya. Kawan ni buka tempahan, kita beli. Kawan lain buka lagi, kita order juga.

“Sehari sebelum raya, apabila ambil semua tempahan baru sedar penuh satu meja makan. Gila betul… tahun ni taubat!” katanya lagi.

Orang tak datang rumah pun,sudahnyakita juga yang kena makan semua.

NETIZEN

Selain itu pengadu berkata dia juga belajar sesuatu tentang pengalaman lalu terutamanya tentang pilihan juadah para tetamu yang bertandang ke rumahnya.

“Saya suka kuih raya, tapi apabila orang datang, mereka tak makan sangat pun. Sudahnya, saya juga yang kena habiskan.

“Itu yang berat naik tanpa sedar sebab asyik melantak biskut raya. Biskut raya pula tinggi kalori,” ujarnya lagi.

Perkongsian wanita ini mendapat perhatian ramai, dengan kebanyakan netizen turut berkongsi pengalaman serupa.

Komen netizen di media sosial.

“Samalah kita! Beria beli kuih raya, tapi yang datang… hmmm (keluhan kecewa). Akhirnyabawa pergi tempat kerja, biar kawan-kawan kerja yang habiskan.

“Mula-mula teruja beli berbalang-balang. Orang tak datang rumah pun. Sudahnya, kita juga yang kena makan semua. Sekarang dah insaf, beli berpada-pada untuk makan sendiri saja.

“Saya pun suka kuih raya, tapi dalam rumah ni saya seorang je yang makan. Kalau tak habis, saya sedekah dekat pengawal keselamatankawasan rumah. Suami awal-awal dah warning, jangan beli lebih daripada RM500,” komen beberapa netizen.

Scroll to Top