RSS Suria

Wanita kongsi tip bercuti 5 hari di Bali dengan kos RM1,100… Boleh menginap di vila, pergi spa, ‘shopping’ macam biasa

ANDA mungkin silap sekiranya terfikir kena sediakan bajet besar untuk bercuti ke Bali, Indonesia.

Seorang wanita bernama Ann berkongsi pengalaman percutiannya ke pulau itu dengan berbelanja hanya RM1,100 untuk lima hari, termasuk penerbangan, penginapan, makanan dan melakukan pelbagai aktiviti.

Ini merupakan pecahan bajet dan tip percutian ke Bali ‘versi Ann’:

1. Tiket penerbangan RM406 pergi dan balik

Ann berjaya mendapatkan tiket penerbangan pergi balik pada harga RM406, namun menurutnya, harga serendah RM300 juga boleh diperoleh jika tidak terlalu memilih tarikh.

Dia turut berkongsi tip bahawa tempahan awal tidak semestinya diperlukan kerana tiket dengan harga berpatutan masih boleh didapati walaupun ditempah sebulan sebelum berlepas.

2. Penginapan RM120.96 untuk empat malam

Ann dapat tidur dengan selesa walaupun mengeluarkan bajet kecil.

Malam pertama, Ann menginap di private vila di Ubud berharga RM89.

Manakala, tiga malam seterusnya, tinggal di tempat penginapan di Canggu dengan kadar RM31.96 sahaja untuk empat hari.

Ann (kiri) berkongsi tip bajet travel ke Bali.

3. Pengangkutan bajet bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Canggu

Ann pilih guna p-hailing (naik motor) untuk bergerak sekitar Bali.

4. Shopping di Ubud untuk lebih jimat

Ann pilih untuk beli barang kenangan di Ubud berbanding Canggu atau Seminyak.

Harga di Ubud lebih murah kira-kira 20 peratus berbanding tempat lain di Bali.

5. Guna e-sim untuk langganan data internet

Ann juga berpesan supaya beli e-sim sahaja untuk internet di Bali kerana jauh lebih murah.

Lebih murah dan tidak perlu susah payah cari kedai jual sim fizikal.

6. Urutan badan dan kaki RM71

Ann ‘manjakan diri’ dengan pergi ke Rose Spa untuk urutan seluruh badan.

Selain itu, wanita ini pergi ke kedai secara rawak untuk dapatkan urutan kaki.

Scroll to Top