RSS Suria

Wanita lebih suka dapat anak perempuan, ‘kelebihan’ lelaki cuma keturunan dan harta! Individu 11 beradik tampil sokong

JANTINA bayi sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan bakal ibu dan bapa.

Ada yang berharap dikurniakan bayi lelaki, namun ramai juga yang menginginkan anak perempuan.

Seorang wanita di Thread menjadi perhatian selepas menyuarakan pandangannya bahawa anak perempuan lebih baik daripada lelaki.

Jantina anak tidak sepatutnya menjadi pertikaian. -Gambar hiasan AI

“Saya tak faham kenapa sesetengah orang nak sangat bayi lelaki. Manakala saya pula berpendapat anak perempuan lebih berharga.

“Anak perempuan ni akan banyak berjasa bila kita tua. Kalau kita minta macam-macam, contohnya suruh belajar, dia akan ikut dan tak degil.

“Lepas tu kalau dah kahwin, kebanyakannya perempuan yang kawal suami. Saya lebih suka anak perempuan, tapi dua-dua pun okay,” tulisnya.

  • Ramai ibu bapa bincang soal jantina bayi.
  • Seorang wanita berpendapat anak perempuan lebih baik.
  • Dia anggap anak perempuan lebih taat dan berjasa.
  • Netizen ada yang marah, tapi ada juga setuju.
  • Ramai kongsi pengalaman anak perempuan lebih prihatin.

Dalam satu lagi hantaran berasingan, wanita itu berkata dia sedar ada netizen yang marah dan tidak bersetuju dengan pandangannya mengenai topik berkenaan.

“Ramai triggered dan ambil serius. Korang ni ‘pembaris’ (lurus bendul) kan? Perempuan sekarang dah tegas dan dua-dua (suami isteri) boleh kawal dan buat keputusan dalam rumah tangga.

“Apa yang korang fikir. Anak lelaki ni sebenarnya benefit dia keturunan dan harta je la. Bayi perempuan atau lelaki, bergantung cara awak didik,” tulis wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rimas biras toksik suka meniru… Mengandung, jantina anak pun nak bersaing! Sanggup ‘burn’ deposit demi bersalin hospital sama

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 7 puteri, anak ke-8 dalam perut sorok jantina dengan mak ayah! Pasangan syukur doa dapat ‘hero’ makbul, tumbang seekor lembu

Di sebalik komen kecaman terhadapnya, terdapat beberapa netizen yang bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan wanita itu.

“Betul, anak lelaki cepat bawa diri dia. Anak perempuan la kawan kita dari kecil sampai besar. Sebab tu (saya) nak anak perempuan ramai.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak. -Gambar hiasan AI

“Tapi memang betul. Saya 11 beradik. Yang perempuan je jaga dan hantar mak ayah. Yang lelaki dah kahwin, semua ikut bini.

“Risau kalau dapat anak lelaki. Bila saya dah tua, nanti takut mereka dapat bini yang jenis tak boleh tengok lelaki sendiri buat baik dengan emak sendiri,” antara komen netizen.

Scroll to Top