PAGI yang sepatutnya tenang bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang isteri menemui rahsia di sebaliknya tabiat suaminya suka tidur lewat.
Menerusi perkongsian di media sosial, si isteri tergerak hati untuk membuka sejarah tontonan suaminya di aplikasi TikTok.
Jelasnya, apa yang ditemuinya nyata mengejutkan iaitu deretan video wanita dengan pakaian seksi.
Isteri akan kecewa jika suami berlaku curang. -Gambar hiasan
“Allahuakbar, terkejut… apabila buka je tengok video perempuan yang berbuah dada dan punggung besar.
“Hati ni jangan cakap… hancur,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah sisi gelap suami, hampir sempurna tapi kaki porno! Ramai suruh ‘improve’ layanan, pakai seksi kalau itu pasangan suka
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tentera derita suami ketagih porno… Rancak sembang lucah dengan kawan, bini sendiri jarang sentuh
Tidak berdiam diri, wanita itu terus mengejutkan suaminya yang sedang nyenyak tidur untuk meminta penjelasan.
Namun jawapan yang diberikan lelaki itu hanya menambah luka di hati wanita berkenaan.
"Benda lalu kat FYP, (For You Page)" kata suaminya ringkas.
Sabar kak, cuba doakan dia berubah.
NETIZEN
Jawapan suaminya itu menyebabkan dia terfikir adakah ‘ketagihan’ berkenaan menjadi punca hubungan mereka menjadi dingin.
“Aku ni dah sebulan lebih tak bersama. Rupa-rupanya sebab ni ke? Hancur hati.
“Habis semua barang kat rumah ni aku lempar. Sedih sangat,” katanya.
Perselisihan faham perlu diselesaikan dengan perbincangan. -Gambar hiasan
Bagi netizen, ini adalah masa yang sesuai buat wanita itu membalas dendam terhadap suaminya dengan bermain psikologi.
“Cuba awak psiko dia pula, tengok lelaki lain. Cakap dengan suami yang dia tak menepati taste awak.
“Sabar kak, cuba doakan dia berubah, kalau tak jalan juga pijak je dia,” kata warga maya.