KONSEP berkongsi komitmen bulanan antara pasangan suami isteri sudah menjadi perkara biasamasa kini.
Bagaimanapun, tidak semua wanita terbuka dalam perkara ini kerana ia melibatkan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh lelaki yang bergelar suami.
Justeru tidak hairanlah ada wanita sanggup memutuskan hubungan dengan lelaki dicintai apabila mengetahui diatidak mampu memberi nafkahseperti yang dianjurkan Islam.
Seperti pengalaman wanita ini, dia akur dicerca oleh bekas teman lelakinya gara-gara bertegas enggan berkongsi perbelanjaan rumah apabila mereka berkahwin.
Suami perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. -Gambar hiasan
“Apabila saya cakap nak lelaki yang provider dan tak mahu kongsi bil separuh-separuh masa dah kahwin, dia terus mengamuk dan kutuk saya.
“Dia cakap gaji asas pun RM1,700 tapi nak demand macam-macam,” imbaunya.
Menurut wanita itu, dia menganggap lelaki yang mahu berkongsi perbelanjaan rumah dengan isteri masih belum layak menjadi seorang suami dan disifatkan berkahwin kerana nafsu.
Menjadikan bapanya sebagai idola, wanita ini berkatadia dapat melihat bagaimana ibunya disara dan ditanggung sepenuhnya oleh lelaki yang bergelar ketua keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN:Zaman muda diminati ramai lelaki kaya, wanita pilih cinta berbanding wang… Kini bahagia bersuamikan pemuda biasa
ARTIKEL BERKAITAN:Suami gaji kecil tetap mahu jadi ‘provider’, tanggung semua perbelanjaan… Isteri bekerja dihalang bantu, guna wang untuk keluarga
Malah bapanya juga pernah berkata akan menanggungdirinya selagi mana dia belum mendirikan rumah tangga.
“Ayah cakap kalau nak kerja, kerja dan kalau tak mahu kerja pun okay sebab selagi belum kahwin, saya masih lagi tanggungjawab dia.
“Cuma ayah tak akan sediakan benda-benda mengarut seperti barang berjenama yang tidak berfaedah sebab ayah amalkan konsep hidup bersederhana.
“Tapi ayah pesan, kalau saya teringin nak rasa hasil titik peluh sendiri, mahukan pengalaman dan kenal dunia luar atau beli benda mengarut, saya kena kerja… kerja untuk diri sendiri sahaja dan boleh berhenti apabila bosan,” tambahnya lagi.
Perempuan B40 memang macam ni, gaji RM1,700 sibuk nak kahwin.
WARGA MAYA
Tambah wanita ini lagi, ibunya juga dibenarkan bekerja dan gaji yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk diri sendiri.
“Ibu kerja kapal, kalau ada projek, baru dia kerja. Ayah memang beli dan sediakan apa yang ibu mahu, cuma ayah tak layan kalau ibu nak beli benda yang dia rasa tak perlu dan sudah ada.
“Sikap ‘mak-mak’ ni suka buat koleksi periuk dan sebagainya, jadi mak akan bekerja untuk puaskan keinginan dia tu.
“Macam barang kemas, memang ayah belikan untuk mak pada hari istimewa macam ulang tahun perkahwinan tapi kalau ada yang mak minat dan tak sabar, mak akan beli sendiri,” kongsinya lagi.
Segelintir warga maya mengecam pandangannya.
Mengulas lanjut tentang suamiidaman, ujarnya, dia tidaklah mengharapkan lelaki saling tak tumpahsepertibapanya namun mengharapkanseseorang yang mampu menyediakan keperluan rumah tangga.
Malah wanita ini berazam untuk tidak membebankan pasangan dengan berbelanja melebihi kemampuan.
Hantaran yang dibuatnya itu membuatkan kebanyakan pelayar lelaki tampil dengan reaksi kurang senang dan mengecam pandangannya.
“Perempuan B40 memang macam ni, gaji RM1,700 sibuk nak kahwin.
“Kau bandingkan teman lelaki tu dengan ayah kau, memang la ayah kau tanggung sebab tu tanggungjawab dia, yang kau perlu tu sugar daddy bukan suami.
“Nasihat untuk semua lelaki, jauhi perempuan macam ni, kalau nak bahagia,” demikian antara reaksi warga maya.