RSS Suria

Wanita malu balik Malaysia, ‘auto’ gagap cakap Melayu selepas setahun di UK… Terpaksa guna Google Translate

HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa ini amat sinonim dengan seorang perantau atau pengembara bagi menggambarkan negara kelahiran sendiri tetap yang terbaik.

Ketika merantau ke negara luar, pasti banyak aspek yang dilihat lebih menakjubkan berbanding tanah air tercinta, sehingga ada segelintir yang melupakan asal usul diri.

Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang wanita meluahkan rasa malu kerana dirinya sudah tidak lagi fasih berbahasa Melayu selepas menetap di United Kingdom.

United Kingdom mempunyai keindahan yang tersendiri. -Gambar hiasan

Namun satu perkara yang menghairankan dan mencetuskan tanda tanya apabila wanita itu mendedahkan dia berada di United Kingdom hanya dalam lingkungan setahun.

“Saya berasa malu dengan diri saya selepas pulang ke Malaysia dari United Kingdom, penguasaan Bahasa Melayu saya kini merosot. Kalau nak tahu, dulu setiap kali peperiksaan Bahasa Melayu mesti saya dapat gred A.

“Sekarang ni saya nak cakap Bahasa Melayu pun kena guna Google Translate, pertuturan saya jadi gagap. Tak mengapa, saya berjanji akan terus belajar semula bahasa ibunda kita,” kata wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih merungut orang Malaysia tak beri layanan istimewa, malah rasa diri dibenci… Di Thailand semua ‘murah’ senyuman

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih mengemis pun disanjung! Rakyat Malaysia dikatakan mudah ‘cair’ dengan B40 versi mata biru, pemurah tak bertempat

Tambah wanita itu, dia juga sangat merindui rakan-rakannya dan budaya di United Kingdom yang disifatkan jauh lebih berdisiplin.

“Susah saya nak tinggalkan United Kingdom sampai menangis saya dibuatnya. Perkara yang paling saya rindu adalah bagaimana masa amat dihormati oleh masyarakat di sana.

“Tiada amalan ‘sidai’ di United Kingdom, kalau dah ditetapkan pertemuan akan dibuat pada waktu tertentu, ia pasti berjalan pada waktu yang ditetapkan. Tiada istilah lambat atau terlajak.

Kawan Kelantan saya dah berhijrah ke Switzerland, tapi apabila dia balik lawat saya di Malaysia, masih pekat dialek Kelantannya.

WARGA MAYA

“Pengangkutan di United Kingdom juga jauh lebih efisien daripada apa yang kita ada di Malaysia, sebab tu saya suka berjalan kaki kalau nak bergerak ke mana-mana ketika di sana.

“Satu lagi cuaca, saya tak boleh terima keadaan kita di Malaysia yang berkuap dan panas, rindu cuaca sejuk dan nyaman di United Kingdom,” kata wanita itu dalam perkongsiannya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berpendapat wanita itu sebagai mengada-ngada.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

“Anak sepupu aku dah 10 tahun duduk di United Kingdom, ambil master dan sambung kerja di sana. Sekali sekala je balik Malaysia, tapi masih lancar berbahasa Melayu.

“Melampau betul perempuan ni baru setahun lebih duduk di United Kingdom, tapi dah ‘terpaling’ mat salih. Rasa hina ke cakap Bahasa Melayu, kononnya intelek tinggi sangat la apabila berbahasa Inggeris.

“Kawan Kelantan saya dah berhijrah ke Switzerland, tapi apabila dia balik lawat saya di Malaysia, masih pekat dialek Kelantannya. Jangan pernah lupa daratan.

“Berbanggalah dengan siapa diri kita yang sebenarnya, tak perlu agungkan sangat orang luar,” demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top