KESILAPAN dalam memilih pasangan mengundang rasa serba salah bagi seorang wanita.
Lebih pedih apabila dia akhirnya mengetahui lelaki yang dicintainya itu berstatus suami orang.
“Saya bercinta dengan suami orang. Dia memang baik, jaga saya daripada segifizikal dan mental. Tapi sejak kebelakangan ini, saya rasa macam kena tamparan hebat.
“Saya tak nak dah semua ni. Hari-hari saya rasa berdosa, menangis kat Allah untuk kuatkan hati saya untuk tinggalkan semua benda ni. Tapi saya tak kuat,” luahnya di media sosial.
Teman tapi mesra merupakan permulaan sesuatu hubungan terlarang. -Gambar hiasan
Menerusi hantaran sama, wanita itumengakui tiada siapa yang mengetahui dia menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin.
“Saya menyesal dah jauh macam ni. Saya dah jadi terlalu bergantung pada dia. Nak beritahu sesiapa, saya malu sangat. Ya Allah, macam mana ni?
“Saya orangnya yang solat lima waktu tak pernah tinggal. Solat dhuha saya buat, solat tahajjud dan solat taubat hari-hari saya buat.
ARTIKEL BERKAITAN:Pelacur syukur doa supaya polis datang tangkap dimakbulkan, rela diri dipenjara! – “Kakak ni anak imam”
ARTIKEL BERKAITAN:Penyondol ditimpa musibah… Tiub fallopio pecah, alami kehamilan luar rahim lepas terlanjur dengan suami orang!
“Lepas Maghrib, saya baca al-Quran, surah yasin. Tapi saya diuji dengan benda jijik macam ni. Kadang saya terfikir apa dosa saya sampai kena macam ni,” ujarnya.
Menurut wanita itu, dia terlalu bergantung pada lelaki berkenaan yang banyak membantunya setiap kali emosinya tidak stabil.
“Saya bekerja tapi memang cukup-cukup makan je setiap bulan. Tapi pasal kerja tu tak apalah sebab saya jenis kerja bersungguh-sungguh.
Penyondol tak pernah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
NETIZEN
“Tapi saya banyak bergantung pada dia daripada segi emosi sebab memang tak stabil. Kadang-kadang saya rasa macam sebab ni saya jadi lemah sangat,” jelasnya.
Dia bagaimanapun mengakui bukan mudah untuk berubah namun akan terus berusaha dan berdoa kepada Yang Maha Esa agar diberi kekuatan untuk meninggalkan dosa itu.
“Saya betul-betul menyesal. Tak tahu nak cakap macam mana, kalau nak suruh saya melutut pun saya sanggup sebab menyesal sangat.
Setiap wanita mahu kehidupan yang bahagia. -Gambar hiasan
“Tapi saya buntu. Saya menangis minta Allah tunjuk jalan, tapi saya masih tak jumpa jalan tu,” luahnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakannya agar dia berubah dan meninggalkan hubungan terlarang itu.
“Allah dah beri isyarat, sis perlu ambil tindakan. Ada takdir ditentukan berdasarkan pilihan kita. Saya cadang bermula dengan putuskan hubungan ni. Padam semua berkaitan dia.
“Sakit memang sakit tapi elok sis mengundur diri perlahan-lahan sebelum mengalami tekanan perasaan apabila dituduh sebagai penyondol.
“Itu lagi sakit, penyondol tak pernah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita,” komen netizen.