RSS Suria

Wanita menyesal pakai gelang emas hadiri majlis keluarga, saudara lelaki minta nak gadai… Janji tebus lepas dapat duit kutu

SEORANG wanita meluahkan rasa serba salah apabila saudara lelakinya merayu meminta menggadaikan gelang emas miliknya demi melunaskan denda lewat nafkah anak.

Dia mendedahkan saudara lelakinya menghantar mesej menerusi WhatsApp memohon bantuan segera, kononnya bagi mengelak daripada dimasukkan ke lokap akibat kegagalan membayar nafkah anak bersama bekas isteri.

Tambahnya, lelaki itu turut mencadangkan agar wanita terbabit menggadaikan gelang yang dianggarkan bernilai hampir RM3,000.

Barangan kemas yang dihadiahkan suami cukup istimewa buat isteri. -Gambar hiasan AIBarangan kemas yang dihadiahkan suami cukup istimewa buat isteri. -Gambar hiasan AI

“Dia cakap bulan 12 nanti dia akan bayar balik lepas dapat duit kutu. Tapi saya memang tak sanggup.

“Gelang tu hadiah daripada suami yang bersusah payah cari duit untuk saya dan anak-anak. Takkan nak bagi macam tu saja,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan gadai emas terakhir, suami merajuk keluar rumah! Isteri mula-mula berkeras, kini rasa bersalah

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mungkir janji, suruh isteri buat ‘personal loan’ tapi tak bayar balik! Akhirnya terpaksa jual emas nak langsai hutang

Wanita itu turut mengakui berasa serba salah apabila mengenangkan panggilan suara daripada lelaki berkenaan yang menangis dan merayu agar dibantu kerana risau nasib anak-anaknya jika dia ditahan.

"Mula-mula nada suara dia biasa je, tapi lepas tu dengar dia menangis.

“Dia cakap tak kisah masuk lokap, cuma risau siapa nak jaga anak-anak, siapa nak hantar ke sekolah. Saya pun sebak juga," katanya.

  • Seorang wanita diminta saudara untuk gadaikan gelang emas bagi bayar denda nafkah anak.
  • Gelang bernilai hampir RM3,000 itu adalah hadiah daripada suami tercinta.
  • Saudara lelaki merayu sambil menangis, risau ditahan polis jika gagal bayar.
  • Wanita serba salah namun enggan bantu kerana itu satu-satunya gelang yang dimiliki.
  • Netizen faham dilema wanita, ada yang simpati dan ada yang sokong keputusannya.

Menurut wanita itu, dia berasa sedikit kesal kerana memakai gelang tersebut ketika sambutan Aidilfitri lalu, yang mungkin menyebabkan saudaranya menyangka dia mampu menghulurkan bantuan.

“Memang itu saja gelang yang saya ada jadi apabila dia minta sampai nak gadai, saya terfikir juga, siapa pula nak kesian pada saya nanti?,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang memahami keputusannya untuk tidak membantu.

"Kalau sekali tolong, nanti akan jadi biasa. Akhirnya kita pula tersepit.

“Nafkah pun culas apa lagi nak tebus gelang orang yang nilai RM3,000.

“Jangan bagi. Nafkah pun culas, nanti nak bayar hutang lagi la liat,” kata warga maya.

Scroll to Top