SELAIN masalah orang ketiga, sikap dan tabiat pelik pasangan juga sering menjadi punca penceraian kebanyakan suami isteri.
Mendedahkan salah satu kes unik, seorang peguam syarie berkata dia pernah mendapat client yang memohon fasakh kerana suami kencing malam.
Berkongsi cerita, dia yang berpengalaman selama 14 tahun dalam bidang ini berkata, pada awalnya alasan yang diberikan pengadu tidak kuat bagi membolehkan permohonan kes dibuat.
“Kalau ditanya kes cerai apa yang aku tak boleh lupa sepanjang 14 tahun menjadi peguam?
Golongan ibu gemar menjemur tilam bagi menghapuskan bakteria dan kuman. -Gambar hiasan AI
“Beberapa tahun lepas aku pernah wakili seorang makcik yang nak mohon cerai secara fasakh.
“Masa jumpa, aku dapati alasan makcik tu tak berapa kuat,” ujarnya.
Bagi membantu anak guamnya, dia kemudian bertanya beberapa soalan tambahan sehinggalah dimaklumkan tentang tabiat pelik suami yang mengalami masalah kencing malam.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri minta cerai, mahu hidup ‘single’! Anak angkat nak bagi balik dekat mak kandung sebab nakal, anggap beban
ARTIKEL BERKAITAN: Cerai lepas 6 bulan nikah, wanita pasrah jadi janda berhias! Bekas suami celik agama tapi enggan sentuh isteri
"Bayangkan setiap hari terpaksa cuci dan jemur tilam yang hancing akibat air kencing seorang lelaki berumur 40-an yang juga perokok.
“Pakcik terbabit adalah perkahwinan kedua makcik ni. Anak-anak dari perkahwinan pertama dia dah besar dan ada juga menantu," tulisnya.
Menurut peguam itu lagi, apa yang mengejutkan adalah semasa sesi keterangan di mahkamah, anak-anak dan menantu pengadu mengaku pernah membantu mengangkat tilam hancing berkenaan untuk dijemur.
Meskipun perlu melalui kesukaran itu setiap hari, namun perkahwinan mereka mampu bertahan sehingga mencecah belasan tahun.
- Isteri mohon cerai fasakh sebab suami kencing malam.
- Perkahwinan mereka dah belasan tahun dan ada seorang anak lelaki.
- Suami enggan rawat diri atau guna lampin, isteri terpaksa cuci & jemur tilam setiap hari.
- Anak dan menantu juga pernah bantu angkat tilam hancing untuk dijemur.
- Kes cerai berjaya difailkan sebab suami gagal beri nafkah yang sepatutnya.
Bahkan kedua-dua mereka mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan ini.
“Pakcik tu tak pernah cuba pergi jumpa doktor untuk rawat tabiat dialami.
“Lampin pakai buang pun tak mahu digunakan.
“Disebabkan tidak tahan dengan kejadian yang berlaku, makcik ni tidur berasingan sehinggalah membawa kepada penceraian,” tambahnya yang bersimpati dengan nasib anak guam.
Antara reaksi netizen di ruangan komen.
Peguam ini juga memaklumkan kes fasakh yang difailkan berjaya disebabkan pasangan pengadu tidak memberi nafkah sebagaimana yang ditetapkan dalam agama.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil dengan pelbagai reaksi dan pandangan.
“Pakai lampin pakai buang je masa tidur atau tidur je atas toto, ni macam sengaja nak susahkan isteri, saya pun tak tahan kalau kena angkat tilam setiap hari.
“Anak menantu pun jenis baik, tolong angkatkan tilam sekali… tapi pakcik ni tak ada rasa malu ke?
“Ini melibatkan penyakit yang pelik yang tak pernah kita jumpa, tak perlu nak hina pesakit jika kita sendiri tak faham keadaannya,” demikian antara reaksi warga maya.