RSS Suria

Wanita nyaris dicerai, suami ego marah mentua bantu kewangan! Biar anak tak makan, janji maruah terjaga

HAL rumah tangga terutama berkaitan kewangan adalah sangat peribadi serta rumit untuk dibincangkan bersama orang luar.

Bukan semua suami atau isteri mahu dibantu orang lain kerana merasakan masalah kewangan merupakan sesuatu yang mengaibkan.

Seorang wanita memaklumkan dia dan suami hampir bercerai hanya kerana ibu bapanyasering mengambil berat tentang rumah tangga mereka.

Setiap pasangan impikan kebahagian dalam berumah tangga. -Gambar hiasanSetiap pasangan impikan kebahagiaan dalam berumah tangga. -Gambar hiasan

“Niat famili saya hanya nak menolong sahaja disebabkan faham faktor masalah kewangan suami. Tapi telah disalah tafsir oleh suami.

“Apa saja yang dibuat famili saya semua tak kena pada dia. Tapi bila susah suruh saya juga minta tolong dengan famili saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Bukan tiada lagi cinta, cuma rasa hilang sesuatu… Ini 5 tanda rumah tangga hilang ‘spark’

ARTIKEL BERKAITAN:Suami balik lewat lepas gaduh dengan isteri! Tak pujuk alih-alih nak ‘bersama’, ugut ‘makan luar’ lepas ajakan ditolak

Menurut wanita itu, dia tidak pernah bercerita tentang masalah mereka suami isteri kepada keluarganya.

“Kami anak beranak pernah tak makan seharian sebab tiada duit nak beli lauk, beras . Tapi mak ayah saya suka datang sini jenguk kami anak beranak.

“Famili saya hulur bantuan kerana memikirkan cucu. Tiada niat nak jatuhkan maruah suami, cuma nak membantu ringankan beban suami,” katanya.

Itu namanya lelaki ego.

NETIZEN

Tambahnya, sepanjang sembilan tahun berkahwin, mereka dikurniakan empat anak dan pernah berpisah sekali, tetapi rujuk semula.

Susulan perkongsiannya ini, netizen berpandangan suaminya mungkin malu kerana tercabar dan merasakan maruah sebagai seorang lelaki tercalar.

“Orang lelaki sebagai suami tak suka, benci orang lain campur tangan hidup dia. Miskin tak apa tapi bab maruah jangan buat main.

Reaksi warga maya.Reaksi netizen.

“Suami rasa tercabar. Tak boleh macam ni kalau famili nak bagi bantuan, bagi kat puan sahaja. Jangan babitkan suami.

“Itu namanya lelaki ego. Kalau itu suami saya rasanya dah bercerai sebab famili saya habis macam-macam diaorang bagi.

“Dah berumah tangga semua kena ada kerjasama, kepercayaan dan persefahaman. Tiada ego, tak faham agama begini jadinya,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top