RSS Suria

Wanita pelik ramai gigih menabung, suka lihat duit ‘berkepuk’ tapi hilang nikmat hidup – “Mati nanti satu sen pun tak sempat merasa”

RAMAI individu gemar menyimpan dan menyediakan tabung kecemasan kerana bimbang beraku perkara tidak diingini.

Apatah lagi dalam keadaan ekonomi masa kini yang semakin mencabar, menabung sememangnya menjadi satu kemestian.

Bagaimanapun, disiplin kewangan yang diamalkan jua kadang kala boleh menyusahkan diri.

Pengurusan kewangan adalah perkara penting. -Gambar hiasan

Pengurusan kewangan adalah perkara penting. -Gambar hiasan

Menerusi satu hantaran, seorang wanita mempertikaikan sikap sesetengah orang yang gemar menyimpan sehingga tidak menikmati kehidupan dengan sebaiknya.

“Tak faham orang yang terlampau menyimpan sehingga tak guna langsung untuk diri sendiri.

“Mati nanti, satu sen pun tak sempat nak merasa,” ujarnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPTA berlapar, terdesak rayu sumbangan beli makanan di Facebook… Siap kongsi data kad matrik elak dituduh scammer

ARTIKEL BERKAITAN: RM10,000 dalam ASB lesap, anak remaja senyap-senyap berjoli macam orang kaya! Hati ibu remuk lepas semak penyata akaun

Bagi wanita ini, kehidupan sepatutnya dinikmati dengan sebaiknya kerana wang tidak dapat dibawa mati.

Tambahan pula, ramai yang berusaha keras untuk memperoleh wang sehingga mengorbankan masa bahagia.

“Tolong la at least enjoy your money,” tambahnya yang bimbang melihat individu-individu yang sanggup menyiksa diri demi memiliki jumlah simpanan yang banyak.

Sebab kita orang ni golongan berpendapatan rendah B40, itulah menyimpan.

WARGA MAYA

Dia yang menyedari ramai individu gemar menyimpan turut mempersoalkan sama ada sikap tersebut adalah ‘penyakit’ atau sebaliknya.

“Memang ada penyakit yang rasa puas hati apabila tengok duit bertambah dalam akaun ke,” dia cuba mencari jawapan.

Dalam hal ini, setiap individu sepatutnya memiliki simpanan kewangan yang boleh dibelanjakan untuk tempoh enam bulan sekiranya dia tiba-tiba kehilangan kerja atau mengalami kecemasan.

Demikian pandangan warga maya berhubung simpanan kewangan.

Demikian pandangan warga maya berhubung simpanan kewangan.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya menyatakan simpanan adalah aset penting kerana bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Saya mungkin ada penyakit yang suka tengok simpanan bertambah, memang rasa bahagia kalau nampak pertambahan. Tapi saya enjoy juga sampai tak beringat.

“Biasanya orang yang terlalu menyimpan ni akan jadi mangsa penipuan dalam talian, ramai dah orang sekeliling jadi macam tu.

“Aku ada seorang kawan yang punya prinsip enjoy jangan kedekut, masalahnya tengah bulan dia hantar WhatsApp dekat rakan pejabat minta duit sebab tak cukup belanja anak isteri.

“Sebab kitaorang ni golongan berpendapatan rendah B40, itulah menyimpan,” demikian reaksi warga maya.

Scroll to Top